Tip-tip Berniaga Cara Rasullulah :
Berniaga Kecil-Kecilan
Rasullulah saw memulakan karier perniagaannya secara kecil-kecilan di kota Mekah. Baginda membeli barangan dari pasar dan menjualnya kepada orang lain. Inilah konsep asas dalam bidang perniagaan iaitu membeli dan menjual.
Mencari Modal dan Pelabur
Rasullulah saw menerima modal daripada para pelabur yang tidak sanggup menjalankan sendiri mereka. Mereka memberikan kepercayaan kepada seseorang yang mereka anggap jujur dana amanah (al-amin) untuk mengendalikan perniagaan dengan menggunakan harta dan wang mereka. Konsep ini berdasarkan kerjasama mudharabah samada melalui upah atau fee based atau perkongsian keuntungan (profit sharing).
Berakhlak Mulia Sebagai Satu Jenama
Dalam mengendalikan perniagaan Baginda menunjukkan akhlak yang hebat seperti kejujuran dan keteguhan memegang amanah yang diberikan. Akhlak yang tulus dan luhur salah satu kaedah Baginda melakukan penjenamaan perniagaannya. Baginda sentiasa mengutamakan pelanggan dalam perniagaan Baginda. Kesannya , ramai pemodal di Mekah bekerjasama dengan Rasullulah saw. Antaranya isterinya sendiri Khadijah binti Khuwalidmenawarkan perjanjian konsep mudharabah (pembahagian hasil) . Melalui kaedah ini, Khadijah bertindak sebagai pemodal manakala Baginda sebagai pengendali modal.
Perniagaan Lelong
Contoh transaksi ini dapat dilihat melalaui hadis yang diriwayatkan oleh Anas ra. Nabi saw bersabda
Ada sesiapa yang ingin membeli kain dan bekas minuman ini?
Ada seorang yang menawarkannya dengan harga 1 dirham. Kemudian Nabi bertanya sekiranya ada orang yang ingin membelinya dengan harga lebih tinggi.
Lalu datang seorang lelaki menawarkan sebanyak 2 dirham. Baginda menjualkannya kepada orang itu dengan harga 2 dirham.
— Riwayat a-Tarmizi
Pengunaan Sistem Kredit
Ketika melakukan transaksi pembelian, kadangkala Nabi menggunakan sistem kredit. Bagi menunjukkan tanda terima kasih Baginda kepada orang yang telah memberikan hutang, Nabi Muhammad sering membayar hutang dengan melebihi harga yang diperoleh.
Baginda bersabda:
Berikan kepadanya unta tersebut , sebab orang yang paling utama ialah orang yang menebus hutangnya dengan cara paling baik.
— Riwayat al-Bukhari
Menggalakkan Orang Lain Berniaga
Rasullulah saw sering menggalakkan dan membantu orang lain berniaga. Antara buktinya ialah sabda-sabda Nabi berikut :
Berusaha untuk mendapatkan yang halal adalah satu kewajipan, disamping tugasan yang telah diwajibkan.
— Riwayat Baihaqi
Tidak ada satupun makanan yang lebih baik daripada yang dimakan daripada hasil keringat sendiri.
— Riwayat al-Bukhari
Peniaga jujur dan boleh dipercayai akan bersama-sama para nabi,para siddiq dan para syuhada.
— Riwayat al-Bukhari
Allah memberikan rahmat kepada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual,membeli, dan membuat pernyataan.
— Riwayat al-Bukhari