1. Kebebasan untuk melahirkan idea (freedoom of expression)
Kita dapat melahirkan apa yang kita suka dan kita boleh buat dengan apa yang kita nak buat. Tidak ada pekara yang boleh menyuburkan kemakmuran ekonomi kita dan negara kita kecuali "selling"
2. Kebebasan untuk berjaya (Freedoom to become as successful as you'd like to be)
Kita boleh menyatakan berapa pendapatan yang kita mahu di dalam poket kita. Kita boleh tentukan dengan usaha kita dan kepandaian kita untuk menjual. Sebab itu agen-agen MLM, hartanah, insuran dan sebagainya yang berjaya sering mengaitkan kejayaan mereka dengan apa yang mereka nak capai berserta dengan usaha kerja keras dan kepandaiannya melakukan permulaan dan penutupan penjualan (beginning and closing sale)
3. Berani menghadapi cabaran harian (Daily Challenge)
bagi mereka yang sukakan cabaran dan rasa tercabar, "selling" merupakan satu kerjaya yang tepat. Saban hari kita akan berhadapan dengan cabaran yang berbeza. Berjaya menghadapi cabaran tersebut bererti kita berjaya memenuhi sebahagian dari rasa kepuasan yang kita inginkan. Dan ia akan menjadikan kita lebih berani untuk menghadapi cabaran yang lain.
4. Memberi pulangan dari pelaburan yang kecil (Offer high potential return from the low capital investment)
Orang kata jika kita pandai berkata-kata, sebatang mancis kayu kita boleh jual dengan harga yang begitu tinggi sedangkan jika beli di kedai dengan harga RM1 sahaja kita boleh dapt sekotak mancis kayu. Di mana kebenarannya? pastinya dari kata-kata dan kepintaran kita untuk menjual. Perkataan yang tepat ialah "power of words". Hanya bermodalkan mulut dan pengetahuan tenatang produk sahaja seseorang jurujual boleh menjadi kaya raya.
5. Menjual adalah menyeronokkan (Selling is fun)
Setiap hari kita bertemu dengan pelabagai jenis manusia dan saban hari juga terkadang kita tertawa kerana kesilapan kita menjalankan proses jualan. Setiap hari kita mencipta plot drama kita sendiri. Jika kita suka dengan apa yang kita suka buat... ia menyeronokkan. jangan pandang kesukarannya sebelum mencuba. Jika ini berlaku ia sememangnya ibarat "membunuh diri" sebelum menghadapinya. Jika itu yang berlaku, jangan difikirkan tentang impian yang yang ditulis di mana-mana dan ia sudah pasti tidak tercapai dengan semangat mengalah kita.
6. Kepuasan (Satisfying)
Pasti kita akan merasa puas apabila kita melihat pelanggan yang lalu di depan kita atau di mana-mana sahaja yang menjinjing atau menggunakan produk kita. Kita puas kerana itulah usaha kita. Kita puas kerana di mana-mana sahaja orang memperkatakan tentang kebaikan produk kita dan kita boleh tidur puas kerana usaha kita berbaloi juga.
7. Dan akhir sekali menjadi juara (Being a professional salesperson)
Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila berjaya menjadi seorang jurujual yang hebat. Namun semuanya berkat kerja gigih kita. Allah berfirman dalam surah Al-Syarh ayat 6 "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh),maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain); Dan hanya kepada Tuhanmu sahaja lah hendaknya engkau berharap.