Terlalu banyak peluang perniagaan di luar sana. Forex, hartanah, clickbank, saham, gold investment, MLM, dan ada 1001 cara untuk kita mula berniaga. Tapi berapa ramai yang dah buat 5 angka pendapatan setiap bulan tanpa henti melalui perniagaan mereka?
FAKTA 2: Tak tahu bagaimana nak mula berniaga?
Terlalu banyak cabang perniagaan sampai kita sendiri pun tak tahu bagaimana nak bermula. Mungkin kerana tiada mentor yang boleh guide kita dari mula sampai habis. Atau mungkin juga kita kekurangan ilmu dan tiada bahan rujukan yang lengkap untuk bermula dengan platform yang betul.
FAKTA 3: Hanya proven sistem tapi anda sendiri tiada result?
Anda boleh masuk seminar dan belajar apa sahaja yang anda nak. Betul kan? Tapi berapa ramai yang masuk seminar dan keluar buat RM30k sebulan? Tanpa result yang kukuh anda hanya boleh menang "pertandingan siapa masuk seminar paling banyak." Ilmu tanpa tindakkan ibarat mat jenin mimpi sampai ke bulan.
FAKTA 4: Tiada group yang dapat memberi moral support?
Perniagaan adalah marathon dan bukannya 100 meter lari pecut. Ramai tersungkur dan terjatuh bila berhadapan dengan "dinding". Setiap kejayaan mesti ada cabaran dan halangan. Kekuatan jati diri dan kenapa anda nak berjaya memainkan peranan paling penting. Tanpa group yang kuat untuk sentiasa membimbing, tidak mungkin anda boleh berjaya berseorangan.
FAKTA 5: Anda masih lagi mencari jawapan kenapa anda perlu berniaga?
Point yang terakhir ini saya sendiri tiada jawapan. Kalau anda betul nak berniaga, mesti tanya diri anda kenapa anda harus berniaga? Anda boleh hidup makan gaji seumur hidup, insyaAllah makan minum masih terjaga. Kenapa pula anda nak susah-susah berniaga? Anda mesti tahu jawapan kenapa anda perlu jadi kaya dan berjaya. Selagi belum ada jawapan yang pasti, selagi itu anda tidak serious dan main-main dalam perniagaan. Tak kira perniagaan apa sekali pun.