Kuasa viral marketing ni sangat hebat. Sampaikan sesuatu cerita yang tidak betul, jika menggunakan kaedah ni, boleh berantakan rumah tangga. Hebat, bukan?
Dalam bisnes, strategi nak menggunakan viral marketing ini perlu ada;
1 – Produk yang kuat daya penariknya
Saya berpendapat, produk yang hebat akan mudah menarik pelanggan mencuba atau membelinya. Tanpa produk yang hebat, sangat susah untuk memuaskan hati pelanggan.
2 – Pelanggan yang berpuashati
Jika pelanggan tadi berpuas hati, anda tidak perlu bersusah-payah meminta pelanggan menghebahkan mengenai produk dan perniagaan anda. Mereka akan membuat semua itu tanpa anda meminta, apatah lagi disogok.
3 – Sistem pengurusan yang terpuji
Sistem pengurusan adalah sesuatu yang penting dalam perniagaan. Anda kekurangan pada bahagian ini, maka dikhuatiri akan pincanglah strategi ini nanti. Tetapi, apa yang perlu diurus?
Sistem pengurusan adalah sesuatu yang penting dalam perniagaan. Anda kekurangan pada bahagian ini, maka dikhuatiri akan pincanglah strategi ini nanti. Tetapi, apa yang perlu diurus?
Artikel Berkaitan: Bagaimana Air Asia Mengaut Untung Tambahan RM200 Juta?
Baik, dalam memastikan sesuatu produk atau makanan di restoran adalah dalam keadaan hebat, ia perlu dijaga dan diurus dengan cara yang sama. Masakan perlu dimasak menggunakan resipi yang sama. Produk anda dihasilkan oleh kualiti yang sama.
Jika anda menjual produk orang lain, anda perlu pastikan sistem penghantaran dan penerimaan pesanan berada dalam keadaan lima bintang. Hari ini pelanggan membuat pesanan, semalam sudah sampai.
4 – Kecekapan mengurus pelanggan (customer service)
Yang terakhir adalah cara anda mengurus pelanggan-pelanggan anda. Tidak kiralah anda membuat bisnes di Internet atau menjual makjun di tepi jalan sekalipun, jangan melupakan bahagian customer service ini. Pelanggan yang dilayan dengan baik akan menjadi orang yang sangat suka bercakap mengenai anda.
Jika anda adalah seorang agen insurans, pelanggan anda dimasukkan ke wad, jangan lupa melawatnya.
Bawa buah tangan yang lain daripada orang lain. Biasanya pesakit diberikan buah-buahan.
Sampaikan kadang-kadang berbakul-bakul. Cuba tukar sedikit. Mungkin anda boleh bawakan pizza untuknya. Sudah pasti pelanggan tadi akan ingat anda sampai bila-bila. Pesanan saya, biar indah pada khabar, jangan buruk pada rupa.
Dengan adanya keempat-empat perkara di atas, anda sudah boleh menggunakan strategi viral marketing ini.