Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran trademark di Malaysia.
Buat pengetahuan semua, pendaftaran cap dagangan atau trademark di Malaysia diuruskan oleh pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang merupakan agensi tunggal yang menyediakan pendaftaran harta intelek di Malaysia.
Bukan sahaja pemilik perniagaan malah syarikat atau persatuan juga boleh membuat permohonan untuk pendaftaran trademark.
Ada beberapa kaedah atau cara daftar trademark yang boleh digunakan untuk membuat permohonan pendaftaran trademark di Malaysia.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi mendaftar cap dagangan:
- Jenama / Logo – dalam bentuk JPG, GIF, PNG, PDF, AI, PSD
- Salinan dokumen pendaftaran perniagaan (SSM) atau dokumen pemerbadanan syarikat atau salinan kad pengenalan.
- Alamat surat menyurat
- Alamat emel
- Ringkasan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan di bawah jenama yang hendak didaftar.
PROSES PENDAFTARAN TRADEMARK JENAMA MyIPO
Terdapat 2 proses peringkat pendaftaran iaitu:
Peringkat 1:
Membuat carian jenama/logo yg ingin didaftarkan. Ini bagi memastikan jenama/logo tersebut tidak mempunyai persamaan dgn trademark yg dah berdaftar, bagi mengelakkan pendaftaran ditolak disebabkan persamaan.
Keputusan carian akan dikeluarkan 1-2 hari bekerja. Proses carian ini tidak wajib, tetapi digalakkan untuk dilakukan. Anda juga boleh melakukan carian sendiri di laman web MyIPO .
Peringkat 2:
Membuat pendaftaran, dengan menghantar borang pendaftaran ke MyIPO. Proses mendaftar dan mendapatkan salinan pengesahan pendaftaran mengambil masa 1-2 hari bekerja.
Kelulusan dan sijil akan dikeluarkan oleh pihak MyIPO sekitar 8 ke 12 bulan. Kelulusan boleh dipendekkan kepada 4 ke 6 bulan dengan membuat permohonan dipercepatkan. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk permohonan
KADAR BAYARAN TRADEMARK JENAMA MyIPO
Berikut adalah merupakan anggaran kadar bayaran yang terlibat:
Peringkat 1 – Carian: Rm200.00
Peringkat 2 – Pendaftaran: Rm1590.00
Nota: Tambahan bayaran sebanyak RM1500.00 jika ada ingin membuat permohonan dipercepatkan dan RM100 untuk sijil pendaftaran bercetak.
CARA DAFTAR TRADEMARK JENAMA MyIPO
Untuk daftarkan trademark jenama anda, berikut adalah merupakan caranya:
Hadir ke pejabat MyIPO berdekatan ataupun berjumpa dengan agen yang berdaftar.
Daftar secara online dengan layari pautan https://iponline2u.myipo.gov.my/myipo
BORANG DAFTAR TRADEMARK JENAMA MyIPO
Berikut adalah merupakan checklist borang-borang yang perlu anda lengkapkan:
- Borang TM5
- 1 surat akaun sumpah
- Borang 49 (bagi SDN.BHD) atau salinan sah sijil SSM (Milikan tunggal/Enterprise)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai daftar trademark jenama MyIPO, anda boleh layari website rasmi MyIPO di Pautan https://www.myipo.gov.my/en/home/