22 CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN (CARA TULIS & FORMAT TERKINI 2023)


Contoh kertas kerja berikut adalah penting sebagai rujukan anda yang ingin melakukan sesuatu seminar kerja atau projek.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja bermaksud makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu.

Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan.

Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan.

Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri.

Secara umumnya terdapat 2 jenis contoh kertas kerja iaitu
  1. Kertas Kerja Seminar
  2. Kertas Kerja Projek

Kertas Kerja Seminar
Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya.

Contoh serta format kertas kerja seminar adalah seperti berikut:

Format Kertas Kerja Seminar

Tajuk
Nama / Nama-nama pembentang kertas kerja
Nama institusi
Abstrak (Sinopsis/Ringkasan)
Pengenalan
Sorotan kajian
Metodologi
Analisis data / Dapatan
Rujukan
Lampiran

Download Kertas Kerja Seminar


Kertas Kerja Projek
Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan.

Contoh serta format kertas kerja projek adalah seperti berikut:

Format Kertas Kerja Projek

Tajuk
Latar belakang / Rasional
Objektif / Matlamat
Jangka masa yang diperlukan
Kumpulan sasaran
Andaian-andaian halangan
Anggaran belanjawan
Penubuhan jawatankuasa
Menentukan jadual tugas
Pelaksanaannya

Download Kertas Kerja Projek


Muat Turun Kertas Kerja
Berikut kami sediakan beberapa kertas kerja untuk di muat turun yang boleh anda jadikan sebagai panduan

Download Secara Percuma 20 Kertas Contoh Kerja Pelbagai Bidang


Diharap agar perkongsian Contoh Kertas Kerja ini dapat menjadi rujukan yang berguna buat semua.