Jangan bimbang. Ia bukan berkaitan budaya turun temurun atau amalan tahyul.ia berdasarkan logik akal.
Asas berfikir --> Kena Kerja Baru Dapat Duit, Tak Kerja Tak Dapat Duit
Pantang Larangnya
1. Kena jaga pemikiran
Ni aku letak no 1 sebab kita perlu pemikiran yang baik untuk meneruskan kerja ni.matlamat kena jelas dan korang yakin boleh dicapai. Matlamat yang tak jelas boleh menyebabkan pemikiran bercelaru dan membazir sumber. Pemikiran bercelaru,bermasalah boleh mengganggu kerja ni.
2. Kena jaga dalam pergaulan
Kawal pergaulan untuk jaga pemikiran.pergaulan tanpa kawalan boleh menjejaskan pemikiran.dalam dunia ni ada 1001 jenis perangai dan pemikiran orang. berita buruknya pemikiran negatif mudah merebak.
3. Kena jaga kesihatan
Mudah aje. kau tak sihat. kau takleh kerja.duit tak masuk. jaga pemakanan. rehat kena cukup. tekanan darah kena ok.
4. Kena jaga emosi
Kita manusia memang makhluk beremosi.itu takleh lari dah.cuma kena jaga emosi.pandai mengurus emosi.kau masuk laman sosial baca komen orang sakit mental sampai korang pun jadi emosi terganggu sampai nak buat kerja pun takde mood.itu tak bagus untuk ekonomi.
5. Kena jaga risiko
Aktivi-aktiviti berisiko kurangkanlah untuk kurangkan risiko kecederaan.terutamanya hobi-hobi yang berisiko.tapi kalau dah kerja memang berisiko nak buat macamana.
6. Kena banyak amalan solat sunat jugak
Ni berat tapi kena usaha betul betul ..insyallah
7. Kena jaga Sedekah
Kalau dalam kesusahan dan kebuntuan dan kekurangan wang kena rajin belanja org makan dan sedekah ... Insyallah rezeki masuk atau kesulitan ada jalan penyelesaian lagi lagi kalau duit tengah banyak lagi banyak kena sedekah
Dunia kerja sendiri ni bukan macam kerja makan gaji. Kerja makan gaji kau mengular pun gaji masuk. Itu sebabnya sesetengah budaya orang makan gaji korang takleh ikut.