1. Bagaimana mencari mereka yang mempunyai kuasa membeli terhadap produk anda.
2. Bagaimana menarik perhatian mereka
3. Bagaimana membina kepercayaan mereka terhadap produk dan perniagaan anda.
4. Bagaimana membina keinginan mereka untuk membeli
5. Bagaimana membuatkan mereka terus membeli produk anda
Sebagai seorang peniaga, anda bertanggungjawab memikirkan kejayaan bisnes anda. Kerana setiap perniagaan adalah berbeza. Setiap produk adalah berbeza. Dan setiap individu adalah berbeza. Sukar berjaya jika anda hanya tahu mengharapkan bantuan orang lain. Sukar berjaya jika anda hanya mengikut bulat-bulat apa yang orang lain kata. Oleh itu, cuba fikirkan bagaimana 5 tips di atas dapat membantu bisnes online atau offline anda.
Tips Pertama
Mencari mereka yang mempunyai kuasa membeli terhadap produk anda. Anda perlu terlebih dahulu mengenali pembeli anda. Siapa yang berminat dan mempunyai kemampuan membeli produk anda. Dan dimana tempat mereka berkumpul atau tumpuan mereka.
Tips Kedua
Menarik perhatian mereka. Tentu anda biasa melihat iklan di majalah atau Tv yang menggunakan wanita jelita yang cun melecun. Inilah salah satu strategi menarik perhatian bakal pembeli. Atau ada juga menggunakan text atau word yang relevan dengan kemahuan bakal pembeli. Konsepnya ialah apa yang bakal pelangan anda suka lihat dan suka dengar atau tertarik.
Tips Ketiga
Membina kepercayaan pelangan. Salah satu strategi yang cukup baik ialah menggunakan testimonial dari pelangan sebenar. Strategi lain ialah memberikan sesuatu yang percuma kepada bakal pelangan. Tapi pastikan barang atau info percuma tersebut benar-benar berkualiti, relevan dan praktikal kerana ia mencerminkan produk anda.
Tips Keempat
Membina keinginan pelangan membeli. Biasanya di dalam perniagaan offline, mereka menggunakan iklan dalam membina keinginan ini. Hari-hari tengok iklan KFC. Tu yang “Mama.. mama.. nak KFC”. Di dalam perniagaan online pula, biasanya kita menggunakan email followup untuk membuatkan bakal pelangan terasa, teringin dan nak membeli. Namun sebelum membina keinginan pelangan membeli, anda perlu tahu apakah kemahuan, emosi dan kebimbangan bakal pembeli anda.
Tips Kelima
Bagaimana membuatkan mereka terus membeli produk anda. Cara terbaik ialah menjual produk yang benar-benar berkualiti. Berkualiti disini bukan dari pandangan anda. Tapi dari pandangan pembeli. Apakah objektif mereka membeli. Adakah anda mencapai objektif mereka membeli. Selain itu, support yang mesra juga menjadikan mereka senang berurusan dengan anda. Saya sendiri suka berurusan dengan mereka yang mesra.
Sebenarnya kelima-lima tips diatas perlu difikirkan sebelum anda memilih produk jualan anda. Kerana kesilapan memilih produk akan membuang banyak masa dan tenaga anda. Penerangan diatas adalah secara umum sahaja. Andalah yang patut memikirkan strategi dan kejayaan bisnes anda.