Richard Branson - Lima Rahsia Perniagaan Yang Berjaya

Usahawan yang ternama dan pengasas Virgin Group menawarkan tip-tip untuk memulakan perniagaan

Saya sering ditanya jikalau saya telah menemui rahsia – atau sekurang-kurangnya jawapan yang konsisten – untuk membina perniagaan selama kareer saya.

Maka saya telah mengambil masa untuk berfikir tentang ciri-ciri kejayaan yang telah banyak dikecapi oleh Virgin, dan yang paling penting sekali, apakah kegagalan yang ditempuhi atas pilihan yang kurang bijak. Mengimbau semula 40 tahun tersebut, saya dapat merumuskan lima “rahsia”



No. 1: Sukai Apa Yang Anda Buat

Disebabkan memulakan sesuatu perniagaan memerlukan ketekunan dan waktu yang lama, anda seharusnya menyukai apa yang anda buat. Semasa saya mulakan perniagaan Virgin di basement rumah pangsa saya di Barat London, saya tidak bermimpi untuk membina suatu empayar perniagaan. Saya hanya mahu memulakan sesuatu yang saya suka buat dan mampu membayar bil-bil saya.

Tiada perancangan yang besar atau strategi. Malah nama itu diilhamkan tanpa banyak berfikir. Suatu malam saya bersama sahabat saya sedang sedang berborak sambil minum-minum dan mengambil keputusan untuk menamakan kumpulan perniagaan kami Virgin, kerana kami semua pendatang baru dalam perniagaan. Nama itu kekal dan mempunyai bunyi yang unik.

Bagi saya, membina suatu perniagaan adalah sesuatu yang harus dibanggakan, mengumpulkan orang-orang yang berbakat dan mencipta sesuatu yang dapat mengubah hidup orang lain.

Sekiranya ahli perniagaan berhasrat untuk benar-benar membawa perubahan dalam kehidupan orang lain, dan mencapai hasrat tersebut, dia akan mampu membiaya hidupnya dan juga memiliki perniagaan yang berjaya.



No. 2: Mulakan Sesuatu Yang Lain Daripada Yang Lain

Tidak kisahlah jika kamu mempunyai sesuatu produk, perkhidmatan atau jenama, tidak mudah untuk memulakan sesebuah syarikat yang mampu bertahan dalam dunia moden ini. Kamu perlu melakukan sesuatu yang radikal untuk menjadi Berjaya di zaman ini.

Lihatlah ahli perniagaan yang Berjaya dalam jangka masa 20 tahun yang lepas. Microsoft, Google atau Apple, contohnya, menggegarkan sesebuak sector dengan melakukan sesuatu yang tidak pernak dilakukan sebelum itu dan terus menginovasi. Mereka sekarang mempunyai kuasa dominan.



No. 3: Mulakan Sesuatu Yang Akan Dibanggakan Oleh Semua Orang Yang Bekerja Dengan Kamu

Perniagaan biasanya dijalankan oleh sekumpulan orang, dan mereka adalah asset kamu yang paling berharga.



No. 4: Jadilah Pemimpin Yang Baik

Sebagai seorang pemimpin, kamu harus menjadi pendengar yang baik. Kamu perlu tahu pendirian kamu sendiri, tetapi tiada guna juga jika kamu memberi pandangan kepada orang lain tanpa adanya perdebatan. Tiada sesiapa mempunyai monopoli dalam idea yang baik dan nasihat yang baik.

Bergaullah. Dengarkan pandangan orang lain, biarkan orang menampilkan diri dan belajarlah dari mereka. Sebagai seorang pemimpin, kamu juga harus pandai memuji orang lain. Jangan mengkritik orang secara terbuka; jangan menunjukkan panas baran, dan sentiasalah memuji rakan sekerja kamu atas kejayaan mereka dalam melakukan tugas.



No. 5: Sentiasa Kelihatan

Seorang pemimpin yang baik tidak seharusnya duduk di meja sahaja. Saya tidak pernah bekerja di pejabat – saya selalu bekerja dari rumah – tetapi saya selalu keluar, dan bergaul dengan orang. Saya banyak berjalan dan saya sentiasa membawa buku nota untuk mencatit soalan, kebimbangan dan idea yang baik.

Jika saya berada dalam penerbangan Virgin Atlantic, saya pasti meluangkan masa untuk keluar bertemu dengan semua pekerja dan kebanyakan penumpang. Jika kamu bertemu dengan sekumpulan ahli kru Virgin Atlantic, kamu akan mendapat sekurang-kurangnya sepuluh cadangan dan idea. Jika saya tidak mencatitnya, saya cuma akan ingat satu sahaja keesokan hari. Dengan mencatitnya saya akan ingat kesemuanya. Apabila keluar dan berjabat tangan dengan semua penumpang pesawat, sekali lagi, akan ada orang yang memberikan pendapat dan menyatakan masalah mereka. Catitkan dan tuliskan nama dan alamat e-mail mereka, dan keesokan harinya kamu harus memberi maklum balas.

Sudah tentu, saya cuba untuk memastikan yang pengarah urusan yang dilantik mempunyai falsafah yang sama. Dengan itu kita dapat menguruskan kumpulan syarikat sebagaimana peniaga kecil yang diuruskan kaum keluarga – sentiasa responsif dan mesra.

Apabila mula-mula membina perniagaan, frasa penting untuk beberapa tahun pertama adalah “kemampuan untuk bertahan”. Sememangnya sukar untuk bertahan. Pada mulanya kamu tidak mempunyai masa dan tenaga untuk memikirkan tentang perkara seperti bagaimana hendak menyelamatkan dunia. Kamu hanya akan terus berjuang untuk memastikan yang kamu dapat menjaga pengurus bank dan dapat membayar bil-bilnya. Pendek kata, sepenuh konsentrasi kamu hanyalah bagi memastikan kamu tetap bertahan.

Walaubagaimana pun, sekiranya kamu tidak mampu bertahan, ingatlah bahawa kebanyakan perniagaan gagal dan pengajaran terbaik adalah belajar daripada kesilapan. Kamu tidak seharusnya terlalu patah semangat. Bangkit semula dan cuba lagi.