Kita selalu memberi nasihat tentang bagaimana untuk mendapat kepercayaan melalui review laman web, dan saya telah menyenaraikan nasihat-nasihat yang kami telah beri selama ini. Sudah tentu kepercayaan dapat juga dibina melalui cara-cara lain yang tidak tersenarai di sini, tetapi kami akan kongsikan tujuh terlebih dahulu.
1. Menggunakan bahasa yang jelas dan biasa
Perkara yang lazimnya diabaikan ini seringkali menyebabkan kekecewaan para pengunjung. Anda perlu bertutur dalam ‘bahasa’ mereka, bukannya melemaskan mereka dengan pengunaan spesifikasi teknikal yang anda sendiri tidak cukup fahami. Gunakan gaya penulisan yang jelas dan ringkas. Sentiasa fikirkan tentang para pembaca. Jangan terlalu fokus dalam memberitahu mereka apa yang anda mahu maklumkan, tetapi fokuskan lebih dalam memberi sebanyak mungkin sebab mengapa kualiti hidupnya akan menjadi semakin baik selepas membeli produk tertentu.
2. Testimonial
Jangan memuji produk anda sendiri. Jika produk atau perkhidmatan anda betul-betul bagus, saya pasti anda akan dapat mencari orang lain untuk memuji-mujinya. Pastikan para pengunjung faham tentang kesaksian yang ditulis oleh pengguna sebenar, dengan menyenaraikan sekurang-kurangnya nama dan syarikat, malah gambar pengguna tersebut. Video juga merupakan satu lagi cara yang baik untuk merakamkan testimonial. Video testimonial harus dipaparkan sekali dengan testimonial bertulis.
3. Tanda pengesahan (Verified Sign)
Semua orang dapat membuat satu tanda pengesahan, jadi jangan biarkan diri anda tertipu dengan tanda-tanda pengesahan. Tetapi majoriti daripada pengunjung memang percaya akan kenyataan seperti “Pendandan rambut paling dihargai di Mississippi” atau “Tukang Paip Terbaik 2006”. Wah, saya sangat tidak menyukainya. Tetapi apabila tanda-tanda ini adalah daripada syarikat-syarikat ternama, ia sememangnya akan menambah nilai kepada sesebuah kedai web.
4. Sertakan Alamat Fizikal
Ini perkara yang sangat mudah: orang ramai ingin tahu bahawa adanya tempat untuk dikunjungi sekiranya masalah berlaku (jika ada). Mempunyai kedai sebenar selain daripada kedai web adalah lebih baik, lebih-lebih lagi jika ramai pelanggan tempatan.
Di Netherlands, digitalstreet.nl telah menjayakan konsep ini, walau pun mereka berlokasi di barat daya Netherlands, orang ramai datang dari seluruh Netherlands kerana mereka lebih senang membeli produk dari gedungnya. Ada banyak lagi kisah yang sama, tetapi sekiranya anda tidak mahu berbuat demikian, hanya dengan menyertakan alamat anda pada laman daftar keluar akan menambahkan kepercayaan pelanggan.
5. Apa yang berlaku selepas daftar keluar?
Selalunya timbul perasaan teragak-agak dalam semua keputusan pembelian: sejurus sebelum anda mengklik butang “Bayar Sekarang”. Apa akan berlaku selepas ini? Adakah saya dikenakan bayaran cukai, import, dan apa lagi? Bolehkah saya memilih kertas pembalut? Terangkan apa yang akan berlaku selepas menekan butang ini. Dengan itu pelanggan dimaklumkan dalam proses pesanan dan tidak akan berlaku kejutan. Ia dapat dilakukan hanya dengan beberapa baris ayat
6. Tunjukkan yang anda mengambil berat dalam mencari keuntungan
Yang paling penting adalah laman web anda mencerminkan kepercayaan anda terhadap produk atau perkhidmatan yang anda berikan. Hanya memberi senarai produk tidak mencukupi. Maklumkan juga kepada pelanggan tentang syarikat anda, nilai-nilai utama dan kenyataan misi (mission statement). Selain daripada menunjukkan penglibatan anda, ia juga menyebabkan faktor simpati dan kepercayaan.