7 Cara Pilih Rakan Kongsi Perniagaan Yang Betul


Sebenarnya, ada banyak cara untuk pilih rakan kongsi perniagaan bergantung kepada keperluan dan objektif bisnes. Anda boleh gunakan cara yang dikongsikan di bawah. 

1. Jujur Dan Amanah
Sifat jujur dan amanah adalah kriteria utama yang anda perlu cari pada seorang bakal rakan kongsi. Hal ini kerana, perniagaan melibatkan banyak hal membabitkan keputusan bersama, modal, masa dan tenaga. 

Agak sukar untuk menilai sifat jujur dan amanah seseorang dalam masa singkat, tapi anda boleh tanya beberapa soalan atau uji tahap kejujuran dan amanah bakal kongsi sebelum buat keputusan ambilnya jadi rakan kongsi. 

2. Pengalaman Dalam Industri
Sebaiknya, pilih jenis rakan kongsi yang ada pengalaman dalam niche dan industri yang bakal anda ceburi.

Dengan pengalaman yang ada pada bakal rakan kongsi, anda akan dapat manfaat jangka panjang dalam merangka strategi perniagaan jangka panjang. 

Tidak semestinya rakan kongsi yang anda perlukan adalah seorang usahawan. Boleh sahaja anda cari seorang pekerja yang berjiwa usahawan sebagai rakan kongsi. 

3. Bijak Membaca Trend & Pasaran
Orang yang bijak membaca trend dan pasaran lazimnya sukar dicari. Orang jenis ini ada kefahaman yang baik terhadap psikologi manusia, perubahan musim dan pasaran domestik dan global. 

Belum tentu semua jangkaan orang itu tepat sepanjang masa, tetapi kebolehan meramal masa depan dengan baik dan teliti adalah bonus pada seorang individu yang ingin dijadikan rakan kongsi dalam perniagaan. 

4. Mampu Selesaikan Masalah Bisnes
Dalam perniagaan, anda kaan hadapi 1001 macam masalah yang akan memberi impak pada perkembangan bisnes untuk jangka panjang. Maka, carilah rakan kongsi yang mampu bersama-sama menyelesaikan masalah. 

Elakkan ambil jenis rakan kongsi yang sukar berbincang, pemarah dan bertindak semberono.

Dalam bisnes, majoriti masalah boleh diselesaikan jika anda fokus kerana hampir kesemua masalah bisnes yang bakal anda lalui, telah dilalui usahawan lain sebelum anda. 

5. Bijak Mengira Risiko & Ambil Risiko
Lumrah seorang usahawan, mereka sukakan risiko dan timbal baliknya adalah keuntungan.

Maka carilah jenis rakan kongsi yang bijak mengira risiko dalam perniagaan sebelum membuat sebarang keputusan bisnes. 

Anda akan terkejut bila mendapati, dalam kebanyakan masa risiko perlu diambil untuk mengelakkan bisnes anda gulung tikar. 

6. Ada Jaringan Networking Yang Bagus
Cari jenis rakan kongsi yang ada jaringan networking yang bagus kerana modal sosial adalah salah satu elemen penting yang menentukan kejayaan bisnes anda. 

Mengenali orang yang tepat pada waktu yang tepat adalah rezeki dan banyak waktu, networking mampu menyelematkan bisnes untuk jangka panjang. 

7. Tiada Masalah Kewangan Yang Serius
Orang yang ada masalah kewangan yang serius lazimnya tidak stabil dari segi emosi dan cara fikir untuk membuat keputusan kritikal. 

Elak daripada ambil jenis rakan kongsi yang ada masalah kewangan yang serius. Modal bisnes dan wang syarikat juga berisiko jika berada di tangan yang salah. 

Kesimpulannya, ada banyak faedah membuka perniagaan perkongsian. Akan tetapi, penting untuk anda kenal pasti ciri-ciri jenis rakan kongsi yang baik untuk bisnes. Apa yang pasti, rakan kongsi yang betul akan bantu majukan perniagaan perkongsian anda untuk jangka masa panjang. 




Rahsia Kejayaan Kedai Mamak


Data daripada persatuan peniaga restoran makanan mamak menunjukkan peratusan kegagalan yang cukup rendah. Peratusan kedai mamak yang gagal hanyalah serendah 5% sahaja. Daripada 100 kedai mamak yang dibuka hanya 5 restoran sahaja yang akan gulung tikar. Apa rahsia mereka?

Ada juga di kalangan peniaga Melayu yang membuka restoran yang berjaya bertahan, terutamanya para peniaga Tom Yam. Terdapar banyak kedai-kedai restoran Tom Yam yang perniagaan mereka hebat mampu bertahan dengan jumlah pendapatan yang tinggi. Apa rahsia mereka?

Terdapat di kalangan rakan saya yang menceburkan diri dalam perniagaan restoran, tapi malangnya perniagaan mereka gagal bertahan lama. Terdapat ramai lagi orang Melayu yang terjun dalam perniagaan restoran yang bungkus belum cukup setahun berniaga. Apa masalah mereka?

Dari pemerhatian saya, rahsia kejayaan peniaga kedai makan mamak banyak disumbang oleh pemahaman mereka tentang apa maknanya ‘customer service’. Dalam bahasa Melayu, kita namakan khidmat pelanggan.

Faktor utama pelanggan masuk ke kedai makan adalah kerana mereka mahu dilayan untuk menghilangkan rasa lapar. Ada juga yang masuk hanya untuk minum sahaja dan golongan ini mempunyai kehendak ‘mahu dilayan’ yang tinggi.

Sediakan Satu Kumpulan Berdedikasi Khas Untuk Melayan Pelanggan
Para mamak memahami apa maknanya dilayan. Untuk itu mereka menyediakan kumpulan yang besar khas untuk melayan kehendak para pelanggan. Jika kita sekadar mahu minum dan berborak, kebanyakan daripada kita akan memilih kedai mamak.

Penekanan pada jumlah pelayan yang mencukupi untuk memuaskan kehendak pelayan merupakan faktor utama kedai mamak menjadi pilihan. Begitu juga kebanyakan peniaga Tom Yam, mereka punyai jumlah kakitangan yang cukup untuk melayan pelanggan.

Tiru Kejayaan Kedai Mamak
Dalam dunia perkhidmatan, ramai peniaga Melayu yang memandang remeh keperluan menyediakan jumlah kakitangan yang cukup untuk melayan para pelanggan mereka. Kebanyakan daripada syarikat perniagaan perkhidmatan Melayu, hanya sanggup menyediakan kerani yang kerjanya terlalu ‘multi tasking’.

Kerani itulah yang membuat segala kerja administrasi yang tak pernah habis dan kerani itu jugalah yang melayan segala komplen atau pertanyaan pelanggan atau prospek pelanggan. Itu menyebabkan produktiviti merosot dan pelanggan rasa tidak puas hati.

Jika kita pandang serius untuk memuaskan hati pelanggan dalam industri yang berorientasikan perkhidmatan, kita tidak boleh pandang remeh terhadap penyediaan satu kumpulan kakitangan yang kerjanya memastikan kehendak pelanggan dipenuhi dengan segera dan berkesan.

Saya sering membuat servis kereta Nissan di pusat servis Nissan. Mereka menyediakan satu kumpulan customer servis yang mencukupi semata-mata untuk melayan pelanggan dari peringkat tempahan sehinggalah kereta pelanggan siap diservis. Kumpulan ini juga bertanggung jawab membuat panggilan susulan dalam tempoh beberapa hari selesainya servis. Begitulah hebatnya mereka memahami makna “customers satisfaction”.

Antara perniagaan perkhidmatan yang boleh meniru cara kedai mamak adalah:

Khidmat pest control
Khidmat potong rumput
Khidmat pembantu rumah
Khidmat pembersihan
Khidmat penghantaran
Khidmat penyelengaraan

Banyak lagi perniagaan seumpama yang saya sebutkan di atas yang mengambil ringan terhadap melayan kehendak pelanggan sedangkan jumlah pelanggan mereka bukannya sedikit. Amat malang jika kita mencampur adukkan pekerja operasi dengan pekerja khidmat pelanggan.
Kumpulan operasi perlu memberikan tumpuan pada kerja teknikal dan pastikan kerja mereka berkesan, mantap dan berjaya. Manakala kumpulan khidmat pelanggan pula berkewajipan menyampaikan maklumat progres kerja yang cemerlang tersebut pada pelanggan dengan cara yang disukai oleh pelanggan dan ini perlu latihan yang berlainan berbanding kumpulan operasi.

Untuk mereka yang perniagaannya ada proses melayan pelanggan, jangan kemut duit untuk melabur sumber manusia dalam menjalankan tugasan tersebut. Amat malang jika anda mahukan pelanggan berpuasa hati dan dalam masa yang sama tidak ada seorangpun kumpulan kakitangan khas yang memberi tumpuan pada faktor utama kejayaan perniagaan anda. Ayuh segera bertindak! 




CARA DAFTAR TRADEMARK JENAMA


Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran trademark di Malaysia.

Buat pengetahuan semua, pendaftaran cap dagangan atau trademark di Malaysia diuruskan oleh pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang merupakan agensi tunggal yang menyediakan pendaftaran harta intelek di Malaysia. 

Bukan sahaja pemilik perniagaan malah syarikat atau persatuan juga boleh membuat permohonan untuk pendaftaran trademark. 
 
Ada beberapa kaedah atau cara daftar trademark yang boleh digunakan untuk membuat permohonan pendaftaran trademark di Malaysia.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi mendaftar cap dagangan:
  • Jenama / Logo – dalam bentuk JPG, GIF, PNG, PDF, AI, PSD
  • Salinan dokumen pendaftaran perniagaan (SSM) atau dokumen pemerbadanan syarikat atau salinan kad pengenalan.
  • Alamat surat menyurat
  • Alamat emel
  • Ringkasan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan di bawah jenama yang hendak didaftar.
 
PROSES PENDAFTARAN TRADEMARK JENAMA MyIPO

Terdapat 2 proses peringkat pendaftaran iaitu:

Peringkat 1:

Membuat carian jenama/logo yg ingin didaftarkan. Ini bagi memastikan jenama/logo tersebut tidak mempunyai persamaan dgn trademark yg dah berdaftar, bagi mengelakkan pendaftaran ditolak disebabkan persamaan.
Keputusan carian akan dikeluarkan 1-2 hari bekerja. Proses carian ini tidak wajib, tetapi digalakkan untuk dilakukan. Anda juga boleh melakukan carian sendiri di laman web MyIPO .
Peringkat 2:

Membuat pendaftaran, dengan menghantar borang pendaftaran ke MyIPO. Proses mendaftar dan mendapatkan salinan pengesahan pendaftaran mengambil masa 1-2 hari bekerja.
Kelulusan dan sijil akan dikeluarkan oleh pihak MyIPO sekitar 8 ke 12 bulan. Kelulusan boleh dipendekkan kepada 4 ke 6 bulan dengan membuat permohonan dipercepatkan. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk permohonan
 

KADAR BAYARAN TRADEMARK JENAMA MyIPO

Berikut adalah merupakan anggaran kadar bayaran yang terlibat:

Peringkat 1 – Carian: Rm200.00
Peringkat 2 – Pendaftaran: Rm1590.00
Nota: Tambahan bayaran sebanyak RM1500.00 jika ada ingin membuat permohonan dipercepatkan dan RM100 untuk sijil pendaftaran bercetak.


CARA DAFTAR TRADEMARK JENAMA MyIPO

Untuk daftarkan trademark jenama anda, berikut adalah merupakan caranya:

Hadir ke pejabat MyIPO berdekatan ataupun berjumpa dengan agen yang berdaftar.
Daftar secara online dengan layari pautan https://iponline2u.myipo.gov.my/myipo
 

BORANG DAFTAR TRADEMARK JENAMA MyIPO

Berikut adalah merupakan checklist borang-borang yang perlu anda lengkapkan:

  • Borang TM5
  • 1 surat akaun sumpah
  • Borang 49 (bagi SDN.BHD) atau salinan sah sijil SSM (Milikan tunggal/Enterprise)
 
MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai daftar trademark jenama MyIPO, anda boleh layari website rasmi MyIPO di Pautan https://www.myipo.gov.my/en/home/



22 CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN (CARA TULIS & FORMAT TERKINI 2023)


Contoh kertas kerja berikut adalah penting sebagai rujukan anda yang ingin melakukan sesuatu seminar kerja atau projek.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja bermaksud makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu.

Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan.

Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan.

Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri.

Secara umumnya terdapat 2 jenis contoh kertas kerja iaitu
  1. Kertas Kerja Seminar
  2. Kertas Kerja Projek

Kertas Kerja Seminar
Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya.

Contoh serta format kertas kerja seminar adalah seperti berikut:

Format Kertas Kerja Seminar

Tajuk
Nama / Nama-nama pembentang kertas kerja
Nama institusi
Abstrak (Sinopsis/Ringkasan)
Pengenalan
Sorotan kajian
Metodologi
Analisis data / Dapatan
Rujukan
Lampiran

Download Kertas Kerja Seminar


Kertas Kerja Projek
Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan.

Contoh serta format kertas kerja projek adalah seperti berikut:

Format Kertas Kerja Projek

Tajuk
Latar belakang / Rasional
Objektif / Matlamat
Jangka masa yang diperlukan
Kumpulan sasaran
Andaian-andaian halangan
Anggaran belanjawan
Penubuhan jawatankuasa
Menentukan jadual tugas
Pelaksanaannya

Download Kertas Kerja Projek


Muat Turun Kertas Kerja
Berikut kami sediakan beberapa kertas kerja untuk di muat turun yang boleh anda jadikan sebagai panduan

Download Secara Percuma 20 Kertas Contoh Kerja Pelbagai Bidang


Diharap agar perkongsian Contoh Kertas Kerja ini dapat menjadi rujukan yang berguna buat semua.




Perkara Wajib Tahu Sebelum Mula Bisnes Secara Francais


Bila sebut sahaja francais, ramai beranggapan ianya cara termudah untuk memulakan perniagaan, pasti untung, sudah ada jenama, kita akan mendapat latihan mantap dari francaisor, dan sebagainya. Tapi apa yang kita dengar tak seindah mereka yg sudah menceburkan diri dalam perniagaan francais. Tujuan saya menulis post ini cuma untuk berkongsi pengalaman saya sendiri membuka DUA unit francais dan pengalaman rakan-rakan saya.

Sebelum anda memilih untuk menjadi francaisi sesuatu sistem perniagaan francais, saya rasa wajarlah anda meneliti perkara-perkara berikut. Kegagalan untuk mematuhi satu daripada peraturan-peraturan berikut, akan menyebabkan kegagalan, malahan anda boleh bangkrap saya ingatkan!


PERTAMA

Selidik sistem pembekalan barangan mereka. Kita perlu ingat tujuan kita menjadi francaisi ialah untuk memanfaatkan kuasa beli atau "economic of scale". Maksudnya, sesuatu sistem francais yang besar dan mempunyai ramai francaisi sudah pastinya mampu membekalkan barangan pada harga yang lebih murah daripada supplier lain diluar.

Buat sedikit research, bandingkan harga yang mereka tawarkan untuk 10 jenis produk mereka, bandingkan dengan produk yang sama daripada pembekal luar. Jika harga mereka lebih tinggi, LUPAKan sahaja francais tersebut. Jika mereka sendiri gagal membekalkan pada harga yang kompetitif, maknanya anda tidak mendapat MARGIN keuntungan yang kompetitif di pasaran. Anda perlu ingat, anda akan bersaing dengan banyak lagi peniaga yang memperolehi bekalan daripada pembekal-pembekal luar. Adakah anda mampu bersaing nanti?
Sebab berikutnya, Francaisor yang sanggup "markup" harga lebih tinggi daripada pembekal lain dipasaran, nampak hanya mementingkan keuntungan mereka semata-mata. Anda nak ke bernaung dibawah francaisor yang sebegini?


KEDUA

Kaji yuran francais yang di kenakan, adalah berbaloi dengan nama jenama mereka? Ada pihak yang charge yuran francais serendah RM 5000, ada yang setinggi RM 120,000. Kebanyakan dalam lingkungan RM 30,000. Anda perlu ingat ini adalah kos perniagaan anda. Jika yuran francais ada RM 30,000 untuk 5 tahun maknanya ada pertambahan kos RM 6000.00 setahun. Lepas tu kaji juga, adalah yuran francais boleh dipulangkan jika anda buat keputusan untuk batalkan perjanjian francais? Realitinya, kebanyakan francaisor hanya berminat membuat keuntungan melalui yuran francais, saya ulang KEBANYAKAN francaisor hanya berminat membuat keuntungan melalui yuran francais. Berhati-hati. Pada pendapat saya tidak ada jenama Malaysia yang wajar meletakkan yuran francais pun pada perniagaan mereka, kerana tiadanya pengiklanan besar-besaran seperti McD, KFC dan tiadanya nama yang kuat berbanding pesaing mereka di pasaran.


KETIGA

Masih lagi berkitar sistem stok dan pembekalan. Cuba anda selidiki, adakah anda WAJIB mengambil apa sahaja stok yang dibekalkan francaisor itu sendiri tanpa kebebasan daripada pihak anda untuk memilih sendiri stok dan jenis barangan yang anda ingin letakkan di kedai anda (ini lebih kepada sistem francais peruncitan, kecantikan dan yang bergantung pada produk). Adakah anda perlu membayar penuh sebaik sahaja barangan masuk ke kedai anda?
Adakah terdapat pilihan untuk anda memulangkan semua barangan tersebut kepada francaisor jika anda gagal menjual barangan tersebut?

TIDAK pada mana-mana persoalan diatas, baik anda lupakan sahajalah francais tersebut. Realitinya, kebanyakan francaisor di Malaysia hanya berminat untuk menjual barangan mereka pada francaisi, dan "secure" keuntungan mereka, tanpa mengambil risiko sama ada barangan tersebut boleh dijual atau tidak oleh francaisi. YAng banyak berlaku, francaisi dijadikan "dumping ground" maksudnya tempat "pembuangan" barangan yang tidak laku di outlet-outlet francaisor kepada francaisi. Dahsyatkan? Inilah realiti sistem francais di Malaysia. Janganlah anda terpedaya jika francaisor memberi anda kredit, kerana anda akan berhutang sampai bila-bila, dan kebanyakan mereka charge 1-1.5% interest setiap bulan.


KEEMPAT

Adakah sistem francais yang anda minati itu mensyaratkan supaya anda "bank in" atau depositkan jualan harian anda pada akaun francaisor kononnya mereka boleh uruskan dengan lebih baik. Maknanya mereka akan tolak kos stok, kos sewa kedai, kos pinjaman perniagaan anda dan sebagainya. Percayalah, sistem sebegini akan menganiaya anda sendiri pada jangka masa lama. Cuba anda tanya mereka, jika katakan jualan pada sesuatu bulan amat rendah, hanya mampu menampung kos barangan sahaja, adakah pihak francaisor akan terus membayar sewa dan pinjaman perniagaan anda? Adakah anda boleh mendapat gaji dari perniagaan anda sendiri?

Realitinya, jangan harap. Sewa, pinjaman itu masalah anda. Yang penting bagi francaisor hanyalah untuk memastikan barangan yang anda ambil, dibayar dengan penuh. Itu sahaja.


KESIMPULAN

Ada banyak lagi kriteria yang perlu anda pertimbangkan. Saya akan menyentuh perkara-perkara berikut dalam siri yang akan datang. Cuma saya berharap, anda fikirlah semasak-masaknya sebelum menceburi perniagaan francais. Mungkin anda perlu berjumpa francaisi sedia ada, ataupun berjumpa mereka yang sudah makan asam garam perniagaan untuk mendapatkan nasihat.




Kenapa Kena Ada Business Owner Mind-set


Semua pemilik perniagaan mempunyai sifat yang sama iaitu "mind-set seorang pemilik bisnes" atau pun "business owner mind-set". Jika anda memikirkan untuk memulakan perniagaan, anda sebaiknya 'set'kan minda anda sebagai seorang pemilik bisnes.

Adakah anda bercadang untuk memulakan perniagaan? Ingat, perniagaan adalah seperti perkataannya. Ia bukanlah suatu pekerjaan. Semua perniagaan memerlukan 'mindset' sebagai seorang pemilik perniagaan, bukan 'mind-set' sebagai seorang pekerja.


Seorang pekerja mempunyai 'mind-set' yang jika dia memulakan pekerjaan dengan bayaran gaji sebanyak RM20 sejam, dan bekerja selama 40 jam pada minggu pertama dia bekerja, dia akan mendapat sebanyak RM800 dan dia mahu akan RM800 tersebut. Seorang pemilik perniagaan memiliki 'mind-set' yang jika dia memulakan suatu perniagaan, dia mungkin tidak mendapat pulangan keuntungan pada minggu yang pertama, mungkin tidak untung dalam beberapa minggu atau pun beberapa bulan.

Siapa tidak kenal akan Jeff Bezos? Pemilik bisnes Amazon.com. Beliau mempunyai 'mind-set' seorang pemilik bisnes. Pada tahun 1994, beliau meninggalkan pekerjaannya yang mendapat gaji sebanyak satu juta dolar setahun sebagai seorang Pengurus Pelaburan dengan tujuan untuk memulakan perniagaan di internet. 7 tahun kemudian, pada suku tahun ke-4 dalam tahun 2001, Amazon.com menghasilkan keuntungan pertamanya; 5.1 juta dolar.

Salah satu sebab mengapa lebih dari 95 peratus daripada mereka yang memulakan bisnes gagal adalah kerana mereka masih lagi mempunyai minda sebagai seorang pekerja. Sebenarnya mereka ini tidak boleh dipersalahkan. Ini kerana telalu banyak peluang perniagaan memberikan gambaran yang indah indah di mana jika menyertai sesuatu perniagaan mereka di kaburi dengan rumah besar yang cantik, kereta besar, percutian yang menyeronokkan dan bermacam-macam lagi. "Cuma perlu menyertai syarikat kami", kata mereka. Mereka atau syarikat tersebut tidak menyatakan bahawa ia memerlukan masa dan wang untuk membina sesuatu bisnes.

Saya tidak mengatakan yang anda tidak boleh memiliki semua itu dengan memulakan perniagaan anda sendiri. Ianya tidak berlaku dalam sekelip mata atau pun satu malam sahaja. Harap-harap anda tidak memerlukan masa yang lama selama 7 tahun seperti Jeff Bezos!

Memang tidak dapat dinafikan Amazon dapat melakukan jualan pada 7 tahun yang pertama. Keuntungan yang diperolehi pada tahun 1996 menunjukkan sebanyak 15.7 juta dolar keuntungan bersih dan kerugian bersih sebanyak 5.7 juta dolar. Pada tahun 1998, Amazon.com dilaporkan menghasilkan jualan sebanyak 610 juta dolar dan kerugian bersih sebanyak 124 juta dolar. Adakah kerugian ini bermaksud Jeff Bezos bukan seorang ahli perniagaan yang bagus? Sudah tentu tidak! Ini bermaksud beliau memiliki 'mind-set' seorang pemilik bisnes. Beliau tahu bahawa untuk meningkatkan prestasi perniagaan beliau perlu meletakkan modal semula dalam perniagaan beliau atau dengan kata lain 'duit rolling'.Beliau juga tahu yang beliau perlu mengeluarkan bukan sahaja pelaburan sendiri malah ianya memerlukan kos operasi semasa dan pengembangan perniagaan. Jika beliau memiliki 'mindset' sebagai seorang pekerja atau pun "employee mindset", bisnes beliau pasti akan berkubur dari tahun pertama lagi. Jika beliau memiliki 'mindset' sebagai seorang pekerja, tidak akan ada Amazon.com pada masa sekarang dan beliau tidak akan memiliki kekayaan sebanyak 4.3 bilion dolar seperti yang beliau miliki sekarang.

Bagaimana pula syarikat yang menunjukkan orang ramai dengan hasil yang mereka perolehi sebanyak beribu-ribu dolar dalam masa sebulan selepas baru bersama syarikat tersebut selama setahun? Memang ianya benar jika mereka mempunyai 'mind-set' seorang pemilik perniagaan. Saya akan berikan anda satu contoh. Mike Mastroianni adalah bekas Agen Persekutuan dan seperti Jeff Bezos, Mike mempunyai "business owner mind-set".


Pada May 2005, beliau melibatkan diri dalam perniagaan yang pertama dalam hidupnya. Beliau mengalami kerugian sebanyak 8000 dolar dan hampir-hampir kehilangan rumahtangganya. Bermula pada tahun 2006, beliau menyertai beberapa buah syarikat. Beliau pernah juga terfikir bagaimana beliau boleh meletak jawatan dari jawatan kerajaan dengan baru hendak membina keluarga, tanpa mempunyai simpanan jika apa-apa yang berlaku. Beliau kemudiannya mengetahui satu syarikat yang dipanggil ITV Ventures pada September 2006.


Pada September 2007, Mike meletak jawatan dari kerajaan setelah hampir 12 ahun menjadi Agen Persekutuan. Mike berkata "Isteri dan anak-anak saya menganggap saya ini betul-betul *****, terutamanya kami mempunyai 2 orang anak kecil, tetapi saya mendapat satu peluang dalam hidup saya dan saya perlu melakukannya!". Seterusnya Mike berkata "Sekarang saya sedang mendapat lebih banyak wang setiap bulan lebih daripada orang lain peroleh dalam setahun!". Cerita Mike telah terpampang dalam Fall 2007 isu di ITV Ventures Magazine. Jika Mike memiliki 'mind-set' seorang pekerja, beliau akan cepat putus asa selepas beliau bercadang untuk memulakan bisnes.


Seperti dalam mana-mana bisnes sekalipun, akan ada apa yang disebut sebagai kos permulaan dan akan ada juga kos semasa. Jika anda memiliki 'mind-set' seorang pemilik bisnes, anda akan terima kenyataan ini. Jika anda memiliki 'mind-set' seorang pekerja, anda pasti akan bertanya "Mengapa"?


Jika anda membuka perniagaan seperti restoran atau kedai runcit, kos permulaan anda akan termasuk dengan kos sewa premis atau membeli hartanah, peralatan dan inventori. Dalam pada itu, semua bisnes atau perniagaan akan memerlukan kos semasa atau pun kos operasi seperti 'payroll', lesen perniagaan, pengiklanan dan lain-lain kos dalam melakukan perniagaan. Dalam memulakan perniagaan, bukan sahaja memerlukan kos permulaan dan kos semasa, yang penting sekali anda perlu mempunyai "business owner mind-set".



9 Cara Memulakan Perniagaan (Walaupun Anda Masih Baru)


“Saya ingat nak mula buat bisnes. Apakah cara memulakan perniagaan yang bagus pada masa sekarang ni ya?”
Itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang baru nak buat bisnes. Ya lah, dah tengok kawan-kawan buat bisnes, kita pun nak cuba samalah.

Terdapat beberapa petua dan cara untuk memulakan perniagaan sendiri.

Berikut adalah 9 cara memulakan perniagaan walaupun anda masih baru.

Tapi sebelum itu…

Perlukah Buat Bisnes Tanpa Modal?
Tidak dinafikan, bergantung dengan satu pekerjaan dan pendapatan pada hari ini tidak lagi menjanjikan keselesaan dalam kehidupan.

Apatah lagi yang mempunyai tanggungan keluarga dan komitmen bulanan yang besar.

Maka ramai yang mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tapi bagaimana cara hendak memulakan perniagaan?

Itulah soalan yang sering berlegar di fikiran mereka yang ‘kosong’ tentang bisnes.

Pernah tak ternampak iklan sama ada di surat khabar, kaca televisyen mahu pun menerusi flyers yang mengatakan anda boleh mulakan bisnes tanpa modal?

Rata-rata orang percaya cara memulakan perniagaan pasti memerlukan duit, iaitu modal.

Atas ‘kepercayaan’ itu, ramai yang menangguhkan niat memulakan perniagaan dengan alasan tiada modal untuk bermula.

Sebenarnya, anda masih boleh memulakan perniagaan anda walaupun tanpa modal.

9 Cara Memulakan Perniagaan

1. Buat bisnes secara part-time, teruskan kerja makan gaji seperti biasa

Anda tak perlu buat keputusan tergesa-gesa dengan berhenti kerja hanya kerana hendak berniaga.

Gaji daripada pekerjaan yang anda lakukan sekarang boleh digunakan untuk melunaskan komitmen setiap bulan di samping digunakan sedikit untuk menjayakan perniagaan.

Kaedah ini juga dapat mengelakkan anda untuk membuat pinjaman institusi kewangan.

Untuk mereka yang memilih kaedah ini, pastikan anda pandai membahagikan masa di antara kerja hakiki dan bisnes part-time ini.


2. Rumah Sebagai Operasi Perniagaan

Memandangkan anda masih baru dalam berbisnes, apatah lagi mungkin kekurangan modal awal, maka mulakan operasi anda dari rumah.

Apabila bisnes mula berkembang, barulah anda cari lot kedai atau sewa pejabat bangunan untuk meneruskan operasi.

Malah ramai usahawan hari ini menjadikan kedai kopi seperti Starbucks sebagai pejabat atau ‘coworking space’ kerana lebih jimat dan mudah.

Ia memudahkan operasi serta menjimatkan ruang untuk aktiviti bisnes anda seperti berjumpa klien dan menyiapkan tugasan.


3. Perniagaan berasaskan kemahiran anda

‘Love what you do’ atau ‘do what you love’ – Pernah dengar tak pepatah sebegini?

Dalam hidup kita pasti mempunyai sesuatu perkara yang paling kita suka lakukannya.

Anda perlu kenalpasti apakah kemahiran dan kegemaran yang anda manfaatkan sebagai perniagaan untuk membantu orang lain yang memerlukannya.

Contohnya, anda pandai berbahasa Mandarin dan sering memuatnaik video berkaitan perbualan seharian di laman Youtube.

Apa kata gunakan kemahiran itu untuk tujuan mendidik anak-anak kecil pula?

Apatah lagi hari ini ramai ibu bapa mementingkan penguasaan bahasa ketiga selepas Bahasa Inggeris.

Anda boleh menggunakan saluran Youtube untuk memuatnaik video ringkas dengan penggunaan effect yang boleh menarik minat kanak-kanak.

Daripada situ, anda boleh buka kelas mengajar Bahasa Mandarin secara online atau offline.

Pendek kata, sekiranya anda ada skill yang diperlukan oleh orang, jadikannya sebagai perniagaan anda.


4. Jual barangan terpakai

Contohnya, anda mungkin gemar membeli-belah pakaian atau koleksi buku yang tidak digunakan lagi.

Hari ini terdapat pelbagai aplikasi online seperti Mudah.com, Carousell dan Shopee untuk menjual semula barangan terpakai.

Ini merupakan cara memulakan perniagaan paling mudah untuk anda yang baru hendak menjinakkan diri untuk berniaga.


5. Buat Sistem Barter

Jika anda mahu berniaga berasaskan makanan, anda masih boleh menggunakan kelengkapan sedia ada di rumah. 

Jika perniagaan semakin berkembang, barulah anda boleh membeli kuali, periuk atau sebagainya dengan saiz lebih besar.

Atau boleh buat sistem pertukaran barang di mana anda tawarkan servis yang pemiliknya perlukan.

Sebagai contoh, anda hendak tawarkan khidmat potong rumput, dan ada jiran anda yang sudah berusia mempunyai mesin pemotong rumput yang tidak lagi digunakan.

Apa kata anda tawarkan khidmat secara percuma kepada pemiliknya dan sebagai pertukaran anda simpan dan gunakan mesin potong rumput miliknya.


6. Jadi Ejen Dropship Atau Produk

Kaedah ini juga menjadi pilihan ramai orang yang baru menceburkan diri dalam perniagaan.

Anda tak perlu keluarkan modal, tak perlu simpan stok dan tak perlu lakukan penghantaran produk kerana ia dilakukan oleh vendor.

Menariknya anda akan perolehi keuntungan hingga 40% untuk setiap produk.


7. Berjimat!

Kan baru mula berniaga, maka elakkan menunjuk-nunjuk dan berlagak seolah anda sudah raih untung berjuta-juta ringgit.

Untuk permulaan, ikat perut di awal memulakan perniagaan.


8. Mula Berniaga di Bazar Ramadhan

Ada juga yang menggunakan kesempatan berniaga di bulan Ramadhan sebagai asas untuk memulakan perniagaan.

Tak kisahlah makanan, baju atau persiapan raya, boleh dikatakan semuanya laku pada musim ini.

Keuntungan yang anda perolehi sepanjang berniaga pada bulan ini boleh dijadikan modal untuk berniaga selepas bulan puasa dan raya.


9. Daftar Perniagaan Dengan SSM

Bagi sesiapa yang mahu memulakan perniagaan, syarat mendaftar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pastinya menjadi kewajipan.

Ada orang bersemangat apabila mendaftar perniagaan mereka dan mahu berniaga dengan lebih baik untuk menambah pendapatan.

pengiraan akaun untuk yang baru memulakan perniagaan
Tahukah anda?

Setiap perniagaan yang dijalankan sama ada kecil atau besar perlu mempunyai pengiraan akaun yang betul.

Antara kelebihan pengiraan akaun yang betul:

– dapat mengenalpasti kedudukan kewangan syarikat

– mengelakkan penyelewengan,

– merancang percukaian syarikat bagi tahun semasa dan

– merancang strategi pengurusan risiko.