6 Tips Mula Berniaga Di Pasar Malam


Bagi mereka yang baru ingin menjinakkan diri dalam dunia perniagaa, meniaga di tapak pasar malam adalah cara yang terbaik untuk anda. Kenapa? Kalau nak tahu, berniaga di pasar malam ni modalnya tidak terlalu besar. Malah apa yang lebih menarik adalah anda mampu mengaut keuntungan yang banyak jika perancangan dan tepat percaturan perniagaan anda itu.

Kebiasaan yang kita lihat di pasar malam majoritinya dari peniaga nak menjual makanan dan minuman. Ini kerana faktor permintaan dan minat masyarakat Malaysia ini yang gemarkan makanan. Pantang nampak je semua nak beli. Sebab itulah untuk berniaga makanan ni.

Selain itu, ada juga segelintir peniaga yang mengambil peluang ini untuk menjual produk lain. Ini bukan sahaja memeriahkan suasana, malam memberi pengalaman yang berlainan kepada pembeli dan pengunjung. Mungkin ada yang datang untuk membeli makanan. Tapi semasa jalan di tapak pasar malam, terjumpa lupa kedai tudung. Di sini juga banyak lagi jenis gerai yang ada antaranya:

Jenis gerai di pasar malam
  1. Mee goreng kawah
  2. Martabak
  3. Air balang
  4. Apam balik
  5. Keropok lekor
  6. Mainan kanak-kanak
  7. Baju dan tudung
  8. Alat elektronik
  9. Aksesori
  10. Bundle
Jika bertanya soal keuntungan, rata-rata perniagaan makanan dan minuman mampu memberi kentungan yang memuaskan. Sebagai contoh, kadar purata modal pusingan untuk memulakan perniagaan air soya di pasar malam memerlukan modal sekitar RM300 hingga RM1000 sahaja. Kadar keuntungan pula bergantung kepada jenis barang atau produk yang anda jual. Produk makanan dan minuman biasanya boleh memberi kadar keuntungan sehingga mencecah 100% hingga 200% daripada modal yang dibelanjakan. Produk pakaian pula mungkin akan memberikan kadar keuntungan yang lebih rendah sekitar 30% hingga 70%.

Jadi untuk memberi anda panduan bagaimana untuk memulakan perniagaan, artikel ini akan berkongsi beberapa panduan dan cara-cara untuk anda menjadi usahawan pasar malam.

1. Produk Jualan
Perkara pertama sekali adalah untuk menentukan produk yang anda ingin jual. Apa yang anda perlu sediakan adalah ILMU dan MODAL.

Ilmu tentang produk adalah penting. Sebagai contoh jika anda ingin meniaga Roti John. Anda perlu kenal pasti menu apa yang anda ingin ketengahkan sebagai ‘signature dish’ anda supaya ianya nampak berbeza dari peniaga Roti John yang lain. Ilmu tentang harga juala juga penting. Jadi anda perlu membuat kiraan modal dan keuntungan anda.

Berkenaan modal juga, ini satu perkara yang perlu diberi perhatian. Modal untuk berniaga termasuklah modal untuk membeli barangan basah dan perkakas. Ini semua perlu diberi perhatian. Jangan nanti bila dah buka kedai, macam-macam barang tiada.

2. Pemilihan Lokasi
Lokasi perniagaan juga penting bagi memastikan tapak pasar malam yang kita berniaga itu sesuai atau tidak. Kebanyakan pasar malam yang sudah lama beroperasi menunjukkan lokasinya yang betul. Oleh itu anda perlu memikirkan jarak lokasi pasar malam dengan tempat kediaman anda supaya kos pengangkutan anda dapat dikurangkan. Selain itu, anda sebagai peniaga juga boleh memilih beberapa tapak pasar malam untuk anda beroperasi. Kebiasannya, peniaga akan memilih 4 tempat nak berlainan. Ini juga dpt membantu peniaga menjana pendapatan yang lumayan.

3. Keperluan Perniagaan Pasar Malam
Selain menyediakan keperluan untuk produk anda, ada beberapa keperluan yang anda perlu sediakan. Berikut adalah keperluan lain yang mungkin berguna untuk perniagaan anda;
  • Lesen tapak berniaga
  • Meja
  • Khemah
  • Lampu
  • Generator
  • Alatan membungkus
Untuk permualaan, ada beberapa alatan yang anda boleh dapatkan secara ‘pre-loved’ atau ‘second hand’. Ini akan menjimatkan perbelanjaan anda. Bila dah ada untung banyak nanti boleh lah beli yang baharu.

4. Pengangkutan dan Kemudahan Awam
Anda juga perlu memikirkan apakah jenis pengangkutan yang anda mahu guna untuk mengangkut produk anda dari rumah ke lokasi pasar malam. Jika modal berkurangan, anda boleh menggunakan pengangkutan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, banyak kenderaan yang lama dan sesuai untuk mengangkut barangan. Kebanyakan kereta lama atau van harganya sekitar RM1, 000 sahaja.

Kemudahan awam bagaimana yang perlu anda titik beratkan? Sebagai peniaga yang akan berada di tapak pasar malam lebih dari 5 jam, ada beberapa kemudahan awam yang anda perlu beri perhatian. Antaranya adalah;
  • Tandas
  • Ruang solat
  • Tempat parkir
Ketiga-tiga kemudahan ini penting untuk memberi keselesaan kepada kita sebagai peniaga dan pengunjung.

5. Sambutan Pelanggan
Sambutan pengunjung ke lokasi pasar malam yang anda selidik perlu diperhati dan direkodkan. Jika produk yang anda ingin pasarkan sudah dijual oleh peniaga yang lain, anda perlu memerhati dan membuat kaji selidik jualan yang mereka perolehi sepanjang anda berada di sana.

Jika terlalu banyak perniagaan yang sama, sebaiknya untuk anda mencari kawasan yang lain. Ataupun anda juga boleh menukar sedikit menu yang ini anda jual. Jika kawasan tersebut mempunyai sambutan yang menggalakkan, tidak salah untuk anda mencuba jual sesuatu yang baharu.

6. Etika Berniaga di Pasar Malam
Bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian sesama peniaga, etika berniaga perlu dititikberatkan. Anda perlu ingat bahawa pelanggan yang berpuashati akan kerap datang ke gerai anda dan membeli produk anda. Selain dari itu, niat yang betul untuk berniaga juga adalah penting. Keikhlasan berniaga bermaksud anda akan menyediakan produk yang berkualiti.

Etika bersama peniaga lain juga penting. Janganlah disebabkan kita mengejarkan kentungan, kita sanggup mensabotaj peniaga lain. Jika ada perbalahan kecil, sebaiknya diredakan secepat mungkin. Ia akan membawa lebih keseronokan untuk anda berniaga.


Mudah kan nak mulakan perniagaan pasar malam ni. Kalau anda seorang yang rajin usaha dan inginkan keseronokan, pasti anda akan mendapat pulangan yang setimpal dengan usaha.