5 Tips Rezeki Melimpah Lagi Berkat Dalam Berniaga

Carilah rezeki yang banyak dan halal dengan bersungguh. Ikut contoh yang telah diberi oleh para nabi dan rasul.

Nabi Idris berkerja sebagai tukang jahit.

Nabi Daud pakar sebagai tukang besi.

Nabi Sulaiman mahir sebagai penganyam daun kurma.

Nabi Zakaria adalah tukang kayu profesional.

Nabi Muhammad SAW pula sebagai pengembala kambing. Kemudian baginda pun berniaga.


Saya kongikan 5 tips mudah untuk rezeki melimpah lagi berkat dalam berniaga.

1) Kita hendaklah berusaha dengan istiqamah. Ramai orang suka buat kerja separuh jalan. Lagi sedih yang tak jalan-jalan.

2) Kita hendaklah lakukan dengan ikhlas dan jujur. Sekali pelanggan rasa tertipu susah kita nak dapatkan kepercayaan kembali.

3) Kita mesti buat dengan terbaik. Over deliver. Jika kita beri lebih daripada apa yang pelanggan jangka, kita dah pun memenangi hatinya.

4) Jangan ada sikap hasad dengki dalam berniaga. Ini pasal nak tapak bazar Ramadhan pun dah bertumbuk.

5) Nafkahkan sebahagian rezeki kepada pihak yang memerlukan. Bulan puasa , ambil kesempatan untuk bayar zakat fitrah, zakat pendapatan atau apa saja yang boleh.




9 Tips Isteri Berjaya Berniaga Di Rumah Agar Anak-anak Tidak Terabai

TIPS # 1 - BANGUN AWAL UNTUK MASAK

Mulakan hari dengan bangun awal, bagus bangun awal ni sebab murah rezeki. Kalo pukul 10 baru nak bangun memang kelam kabut la jadinya.. kewajipan kepada Allah pun tah kemana. Ibu-ibu boleh decide nak bangun sebelum subuh ka, sejurus dengar azan subuh ke, tak kisah janji bangun awal. Seeloknya bangun sebelum subuh la, mandi-mandi kemudian terus boleh solat subuh di awal waktu. Lepas dah solat tu boleh la sediakan makanan sarapan untuk anak-anak dan suami. Boleh siap anak-anak yang ke sekolah dan bapaknya sekali hihi.


Kelebihan Menjual (Selling) Dan Kenapa Anda Perlu Menguasainya

Menurut Tom Hopkins seorang bekas jurujual ternama dan sekarang seorang jururunding latihan ternama di dalam bukunya yang bertajuk "How To Master The Art Of Selling" keluaran pertamanya (1982), jika kita ingin melipat kali gandakan pendapatan kita "selling" merupakan kerjaya yang tepat.  Katanya kita tidak perlukankan modal untuk kaya, modal kita adalah diri kita.  "You are your greatest asset.  Put your time, effort, and money into training, grooming and encouraging your greatest asset".  beberapa kelebihan "selling" yang boleh dikongsi:-

Persediaan Sebelum Memulakan Kempen Viral Marketing

Dalam bahasa ‘dulu-dulu’ ramai yang mengistilahkan pemasaran percuma macam ni dengan nama words of mouth (WOM). Sekarang ni, ia lebih dikenali sebagai ‘viral marketing’. Fungsinya lebih kurang sama juga. Pemasaran secara percuma yang dilakukan oleh orang atau pelanggan terdahulu melalui cerita atau testimoni tidak rasmi mereka.

Kuasa viral marketing ni sangat hebat. Sampaikan sesuatu cerita yang tidak betul, jika menggunakan kaedah ni, boleh berantakan rumah tangga. Hebat, bukan?

Dalam bisnes, strategi nak menggunakan viral marketing ini perlu ada;

1 – Produk yang kuat daya penariknya

Saya berpendapat, produk yang hebat akan mudah menarik pelanggan mencuba atau membelinya. Tanpa produk yang hebat, sangat susah untuk memuaskan hati pelanggan.

2 – Pelanggan yang berpuashati
Jika pelanggan tadi berpuas hati, anda tidak perlu bersusah-payah meminta pelanggan menghebahkan mengenai produk dan perniagaan anda. Mereka akan membuat semua itu tanpa anda meminta, apatah lagi disogok.

3 – Sistem pengurusan yang terpuji

Sistem pengurusan adalah sesuatu yang penting dalam perniagaan. Anda kekurangan pada bahagian ini, maka dikhuatiri akan pincanglah strategi ini nanti. Tetapi, apa yang perlu diurus?

Sistem pengurusan adalah sesuatu yang penting dalam perniagaan. Anda kekurangan pada bahagian ini, maka dikhuatiri akan pincanglah strategi ini nanti. Tetapi, apa yang perlu diurus?
Artikel Berkaitan:  Bagaimana Air Asia Mengaut Untung Tambahan RM200 Juta?

Baik, dalam memastikan sesuatu produk atau makanan di restoran adalah dalam keadaan hebat, ia perlu dijaga dan diurus dengan cara yang sama. Masakan perlu dimasak menggunakan resipi yang sama. Produk anda dihasilkan oleh kualiti yang sama.

Jika anda menjual produk orang lain, anda perlu pastikan sistem penghantaran dan penerimaan pesanan berada dalam keadaan lima bintang. Hari ini pelanggan membuat pesanan, semalam sudah sampai.

4 – Kecekapan mengurus pelanggan (customer service)

Yang terakhir adalah cara anda mengurus pelanggan-pelanggan anda. Tidak kiralah anda membuat bisnes di Internet atau menjual makjun di tepi jalan sekalipun, jangan melupakan bahagian customer service ini. Pelanggan yang dilayan dengan baik akan menjadi orang yang sangat suka bercakap mengenai anda.

Jika anda adalah seorang agen insurans, pelanggan anda dimasukkan ke wad, jangan lupa melawatnya.

Bawa buah tangan yang lain daripada orang lain. Biasanya pesakit diberikan buah-buahan.

Sampaikan kadang-kadang berbakul-bakul. Cuba tukar sedikit. Mungkin anda boleh bawakan pizza untuknya. Sudah pasti pelanggan tadi akan ingat anda sampai bila-bila. Pesanan saya, biar indah pada khabar, jangan buruk pada rupa.

Dengan adanya keempat-empat perkara di atas, anda sudah boleh menggunakan strategi viral marketing ini.




Strategi Perniagaan Steve Jobs Yang Berjaya

Fikir berbeza

Slogan apple satu masa dulu adalah "Think Different". Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat. 


Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.


Fakta Kegagalan Seseorang Dalam Perniagaan

FAKTA 1: Berapa ramai yang dah mula berniaga tapi masih kekal dalam kemiskinan?

Terlalu banyak peluang perniagaan di luar sana. Forex, hartanah, clickbank, saham, gold investment, MLM, dan ada 1001 cara untuk kita mula berniaga. Tapi berapa ramai yang dah buat 5 angka pendapatan setiap bulan tanpa henti melalui perniagaan mereka?