6 Tips Mula Berniaga Di Pasar Malam


Bagi mereka yang baru ingin menjinakkan diri dalam dunia perniagaa, meniaga di tapak pasar malam adalah cara yang terbaik untuk anda. Kenapa? Kalau nak tahu, berniaga di pasar malam ni modalnya tidak terlalu besar. Malah apa yang lebih menarik adalah anda mampu mengaut keuntungan yang banyak jika perancangan dan tepat percaturan perniagaan anda itu.

Kebiasaan yang kita lihat di pasar malam majoritinya dari peniaga nak menjual makanan dan minuman. Ini kerana faktor permintaan dan minat masyarakat Malaysia ini yang gemarkan makanan. Pantang nampak je semua nak beli. Sebab itulah untuk berniaga makanan ni.

Selain itu, ada juga segelintir peniaga yang mengambil peluang ini untuk menjual produk lain. Ini bukan sahaja memeriahkan suasana, malam memberi pengalaman yang berlainan kepada pembeli dan pengunjung. Mungkin ada yang datang untuk membeli makanan. Tapi semasa jalan di tapak pasar malam, terjumpa lupa kedai tudung. Di sini juga banyak lagi jenis gerai yang ada antaranya:

Jenis gerai di pasar malam
  1. Mee goreng kawah
  2. Martabak
  3. Air balang
  4. Apam balik
  5. Keropok lekor
  6. Mainan kanak-kanak
  7. Baju dan tudung
  8. Alat elektronik
  9. Aksesori
  10. Bundle
Jika bertanya soal keuntungan, rata-rata perniagaan makanan dan minuman mampu memberi kentungan yang memuaskan. Sebagai contoh, kadar purata modal pusingan untuk memulakan perniagaan air soya di pasar malam memerlukan modal sekitar RM300 hingga RM1000 sahaja. Kadar keuntungan pula bergantung kepada jenis barang atau produk yang anda jual. Produk makanan dan minuman biasanya boleh memberi kadar keuntungan sehingga mencecah 100% hingga 200% daripada modal yang dibelanjakan. Produk pakaian pula mungkin akan memberikan kadar keuntungan yang lebih rendah sekitar 30% hingga 70%.

Jadi untuk memberi anda panduan bagaimana untuk memulakan perniagaan, artikel ini akan berkongsi beberapa panduan dan cara-cara untuk anda menjadi usahawan pasar malam.

1. Produk Jualan
Perkara pertama sekali adalah untuk menentukan produk yang anda ingin jual. Apa yang anda perlu sediakan adalah ILMU dan MODAL.

Ilmu tentang produk adalah penting. Sebagai contoh jika anda ingin meniaga Roti John. Anda perlu kenal pasti menu apa yang anda ingin ketengahkan sebagai ‘signature dish’ anda supaya ianya nampak berbeza dari peniaga Roti John yang lain. Ilmu tentang harga juala juga penting. Jadi anda perlu membuat kiraan modal dan keuntungan anda.

Berkenaan modal juga, ini satu perkara yang perlu diberi perhatian. Modal untuk berniaga termasuklah modal untuk membeli barangan basah dan perkakas. Ini semua perlu diberi perhatian. Jangan nanti bila dah buka kedai, macam-macam barang tiada.

2. Pemilihan Lokasi
Lokasi perniagaan juga penting bagi memastikan tapak pasar malam yang kita berniaga itu sesuai atau tidak. Kebanyakan pasar malam yang sudah lama beroperasi menunjukkan lokasinya yang betul. Oleh itu anda perlu memikirkan jarak lokasi pasar malam dengan tempat kediaman anda supaya kos pengangkutan anda dapat dikurangkan. Selain itu, anda sebagai peniaga juga boleh memilih beberapa tapak pasar malam untuk anda beroperasi. Kebiasannya, peniaga akan memilih 4 tempat nak berlainan. Ini juga dpt membantu peniaga menjana pendapatan yang lumayan.

3. Keperluan Perniagaan Pasar Malam
Selain menyediakan keperluan untuk produk anda, ada beberapa keperluan yang anda perlu sediakan. Berikut adalah keperluan lain yang mungkin berguna untuk perniagaan anda;
  • Lesen tapak berniaga
  • Meja
  • Khemah
  • Lampu
  • Generator
  • Alatan membungkus
Untuk permualaan, ada beberapa alatan yang anda boleh dapatkan secara ‘pre-loved’ atau ‘second hand’. Ini akan menjimatkan perbelanjaan anda. Bila dah ada untung banyak nanti boleh lah beli yang baharu.

4. Pengangkutan dan Kemudahan Awam
Anda juga perlu memikirkan apakah jenis pengangkutan yang anda mahu guna untuk mengangkut produk anda dari rumah ke lokasi pasar malam. Jika modal berkurangan, anda boleh menggunakan pengangkutan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, banyak kenderaan yang lama dan sesuai untuk mengangkut barangan. Kebanyakan kereta lama atau van harganya sekitar RM1, 000 sahaja.

Kemudahan awam bagaimana yang perlu anda titik beratkan? Sebagai peniaga yang akan berada di tapak pasar malam lebih dari 5 jam, ada beberapa kemudahan awam yang anda perlu beri perhatian. Antaranya adalah;
  • Tandas
  • Ruang solat
  • Tempat parkir
Ketiga-tiga kemudahan ini penting untuk memberi keselesaan kepada kita sebagai peniaga dan pengunjung.

5. Sambutan Pelanggan
Sambutan pengunjung ke lokasi pasar malam yang anda selidik perlu diperhati dan direkodkan. Jika produk yang anda ingin pasarkan sudah dijual oleh peniaga yang lain, anda perlu memerhati dan membuat kaji selidik jualan yang mereka perolehi sepanjang anda berada di sana.

Jika terlalu banyak perniagaan yang sama, sebaiknya untuk anda mencari kawasan yang lain. Ataupun anda juga boleh menukar sedikit menu yang ini anda jual. Jika kawasan tersebut mempunyai sambutan yang menggalakkan, tidak salah untuk anda mencuba jual sesuatu yang baharu.

6. Etika Berniaga di Pasar Malam
Bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian sesama peniaga, etika berniaga perlu dititikberatkan. Anda perlu ingat bahawa pelanggan yang berpuashati akan kerap datang ke gerai anda dan membeli produk anda. Selain dari itu, niat yang betul untuk berniaga juga adalah penting. Keikhlasan berniaga bermaksud anda akan menyediakan produk yang berkualiti.

Etika bersama peniaga lain juga penting. Janganlah disebabkan kita mengejarkan kentungan, kita sanggup mensabotaj peniaga lain. Jika ada perbalahan kecil, sebaiknya diredakan secepat mungkin. Ia akan membawa lebih keseronokan untuk anda berniaga.


Mudah kan nak mulakan perniagaan pasar malam ni. Kalau anda seorang yang rajin usaha dan inginkan keseronokan, pasti anda akan mendapat pulangan yang setimpal dengan usaha.



IDEA BISNES UNTUK PELAJAR 2023


Di tahun 2023 ni, dah ramai pelajar yang jalankan bisnes. Pelajar sekolah menengah pun saya nampak dah ramai yang pandai berniaga. Ada yang berniaga online, dan ada yang berniaga makanan dengan penghantaran secara COD. Memang bagus sangat ramai anak muda turut berusaha menjana pendapatan sampingan sambil belajar. 

Jadi di sini saya akan senaraikan beberapa idea bisnes atau perniagaan yang boleh dibuat oleh pelajar untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Sambil berjimat, dapat juga bantu keluarga sikit-sikit. 
 
1. Menjual barang online.

2. Menjadi tutor atau guru tuisyen.

3. Jadi penulis resume.

4. Menjadi tukang gambar atau 'photographer'.

5. Ambil upah menjadi personal shopper.

6. Menjadi 'runner' barang.

7. Membuat bisnes printing dan fotostat.

8. Penterjemah.

9. Menjual jualan lelong secara online.

10. Menjual pakaian.

11. Menjual aksesori dan barang kemas.

12. Menjual makanan.

13. Berniaga kek cawan.

14. Berniaga kerepek.

15. Menjadi agen atau dropship produk kesihatan.

16. Agen emas.

17. Upah lipat kain atau cuci kain.

18. Juru mekap.

19. Menjual lunch box bajet.

20. Pemandu Grab atau Uber.

21. Menjual pelbagai design business card.

22. Menjual pelbagai design kad kahwin.

23. IKEA shoppers.

24. Ambil upah menjahit.

25. Spa di rumah.

26. Ambil upah melentikkan bulu mata.

27. Menjual cat kuku.

28. Kereta sewa.

29. Menjual sambal homemade.

30. Ambil upah mengubah bunga untuk pengantin.

31. Menjual baju 'Dye" diy.

32. Menjual tudung.

33. Menjual kerongsang.

34. Menjual goodies bag untuk majlis atau kenduri.

35. Agen Simkad.

36. Tiktok produk review.

37. Instagram produk review.

38. Twitter produk review.

39. Menulis ebook.

40. Blogging.



5 Perkara Yang Menjadi Punca Kegagalan Perniagaan


Tiada perniagaan yang dijalankan mengharapkan jalan buntu dan mempunyai impian untuk gagal. Semua usahawan yang saya jumpai baru memulakan dan perniagaan yang sudah dalam proses pengembangan. Seperti yang saya kongsikan dalam artikel yang lepas, kajian yang dijalankan oleh Small Business Administration (SBA) menunjukkan 21.5% perniagaan permulaan gagal pada tahun pertama, 30% gagal pada tahun kedua, 50% gagal pada tahun kelima dan 70% gagal pada tahun ke sepuluh.

1. Tidak cukup ‘simpanan tunai’ atau cash reserves
Pada peringkat awal perniagaan, kita tidak dapat menjangkakan berapa bulan yang diperlukan untuk perniagaan itu mampu menghasilkan jualan yang mampu menampung kos operasi. Ada yang bernasib baik, bulan pertama dan kedua dah boleh ‘cover’. Sebaliknya, setelah perniagaan beroperasi dengan baik diuji dengan pelbagai faktor yang lain dan mempunyai impak kepada jualan. Kesannya, kewangan terjejas.

Sediakan payung sebelum hujan!

Oleh itu, kena ada backup sebelum dan semasa anda berniaga. Maksudnya, cash atau tunai!.

Kena rancang sumber kewangan anda dengan baik. Buat perkiraan. Buat jangkaan jumlah yang diperlukan untuk operasi sebulan, dan cuba bahagikan kepada jumlah hari anda berniaga. Ini akan memberikan gambaran jelas kepada anda, berapa wang yang perlu dicari untuk simpanan. Contoh, jika sebulan anda perlukan lebih kurang RM10,000 dengan 20 hari beroperasi, anda perlu asingkan RM500 sebagai simpanan harian. Cuba sasarkan simpanan untuk tiga bulan dahulu, dah tambahkan sasaran seterusnya untuk memberi kusyen kepada anda jika jualan anda terjejas di masa hadapan.

2. Tidak jelas mengenai sasaran pasaran, pelanggan dan tabiat pembelian oleh pelanggan

Melihat peluang dan ruang berniaga sahaja tidak cukup. Fahami kehendak pasaran, pelanggan dan tabiat pembelian pelanggan. Tiga perkara yang disebut itu perlu dikuasai semasa anda membuat kajian pasaran. Ada sesetengah usahawan yang tak ambil serius hal ini. Hakikatnya bila kita nak berniaga, kena ada pemikiran nak buat duit, laris dan perniagaan mampu untuk dikembangkan ke tahap seterusnya.

Kajian pasaran juga tidak terhenti sebelum memulakan perniagaan, tetapi kena konsisten meninjau semula pelan perniagaan anda dari semasa ke semasa. Ini untuk memastikan perniagaan anda relevan mengikut masa dan tren pengguna.

Kita menjual bukan untuk memenuhi keperluan atau menyelesaikan masalah kita, tetapi untuk pelanggan! Jadi kena peka. Boleh rujuk artikel – artikel saya yang lepas yang berkaitan kajian pasaran dan pemasaran.

3. Kelemahan menentukan harga produk dan perkhidmatan yang bersesuaian

Menentukan harga bukan ikut suka. Banyak yang kena diperhalusi supaya pelanggan tak rasa harga yang kita tawarkan tak padan dengan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Penentuan harga juga ada caranya mengikut industri, kategori, kos tetap dan boleh ubah, margin keuntungan dan sebagainya. Ada satu artikel lepas saya ada menulis mengenai pentingnya harga. Boleh rujuk untuk dapatkan maklumat.

4. Gagal berunding syarat kredit yang bersesuaian dengan vendor atau pembekal

Ini adalah satu ilmu yang usahawan perlu kuasai untuk membantu aliran tunai positif. Ada pelbagai cara untuk berunding, ada yang minta deposit, tempoh kredit bayaran 15 hari, 30 hari, 60 hari dan 90 hari. Ada yang lagi bagus tak perlu bayar deposit. Semuanya terpulang kepada keperluan perniagaan itu sendiri.

Skil ini akan jadi sangat penting bila perniagaan anda melalui fasa pengembangan yang mana rundingan dengan pembekal ini akan bantu anda mengurus kewangan secara tidak langsung. Maksudnya, anda tidak terus bayar ketika dapat barang tetapi diberi tempoh masa untuk membuat bayaran seperti yang dipersetujui oleh dua pihak. Walaubagaimana pon, ini sangat bergantung kepada repo atau hubungan anda dengan pembekal atau vendor

5. Lambat bertindak kepada persaingan, teknologi dan perubahan lain dalam pasaran

Hari ini perniagaan tidak lagi jadi begitu sukar untuk dijalankan. Kenapa saya kata begitu sebab pasaran dah menjadi tiada batasan dan ada pelbagai saluran. Saya masih boleh menikmati strawberry cameron highland, dengan hanya membuat tempahan di atas talian tanpa perlu bersusah payah memandu ke sana. Saya boleh mendapatkan perkhidmatan seperti coaching yang dahulu dijalankan secara fizikal dan bersemuka hanya menggunakan platform percuma di atas talian. Jika dahulu semua orang kena buka gerai atau kedai, sekarang saya hanya membuka akaun penjual dan beroperasi dari rumah.

Pendek kata, kedai dah 24 jam 7 kali seminggu beroperasi. Apa yang anda perlu kuasai ialah kemahiran digital dan mulakan dengan yang mudah dahulu. Kuasi ruang digital melalui media sosial dan laman sesawang. Kos permulaan ikut kemampuan sendiri. Hampir separuh daripada populasi dunia mempunyai akaun di media sosial. Betapa bertuahnya kita, berada dalam ruang dunia tiada sempadan. Apa yang diperlukan ialah keiginan dan pengetahuan.




7 Tips Marketing Online Untuk Tingkatkan Jualan


Kenapa sales turun? 

Kenapa sales gagal naik?

Berikut tips marketing online yang anda wajib tahu untuk meningkatkan jualan

1. Jual produk/servis anda melalui Facebook Live
Kini, ramai orang jual barang, produk, dan servis di Facebook dengan menggunakan fungsi FB Live.

Ini adalah cara pemasaran produk di FB yang amat popular sekarang sebab trend video makin meningkat dalam kalangan pengguna media sosial.

Siaran Live di FB memang mudah dan mampu jana sales yang banyak untuk bisnes anda.

Anda hanya perlukan smartphone dengan kamera yang canggih macam iPhone 8 dan tripod untuk membuat video Facebook Live pertama anda.

Sebelum membuat siaran Live di FB, sila pastikan bahawa anda ada:
  • Connection Internet yang laju
  • Penolong untuk standby bagi menjawab sebarang soalan/komen di ruangan komen video Live
  • Tripod yang stabil untuk smartphone anda

Nak tarik penonton untuk siaran FB Live anda? Gunakan tips ini:

  • Buat pengumuman awal di Facebook mengenai siaran Live anda yang akan datang supaya penonton anda boleh bersedia dan mengosongkan jadual mereka untuk mengikuti siaran anda
  • Tambah description yang menarik supaya penonton anda tahu apa yang anda ingin jual
  • Minta penonton anda untuk Like, Share, dan Follow page Facebook anda untuk video dan post lain daripada anda semasa siaran FB Live anda
  • Libatkan penonton anda dalam Live anda dengan memberi respon kepada sesiapa yang komen di video anda
  • Tamatkan siaran anda dengan CTA (Call To Action), iaitu arahan yang diberikan kepada penonton anda mengenai sebarang tindakan susulan yang anda ingin mereka lakukan seperti: “PM saya untuk maklumat lanjut”, “sila ikuti kami untuk video seterusnya”, dan lain-lain lagi

2. Gunakan Instagram sebagai platform branding
Instagram ialah antara platform media sosial yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia.

Platform ini merupakan pilihan yang tepat untuk membina imej yang kukuh bagi brand anda. Banyak bisnes kecil kini menggunakan platform ini untuk post gambar dan video yang menarik bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan dalam bisnes mereka.

Anda juga patut berbuat demikian!

Satu trend yang amat popular sekarang ialah Instagram Story.

Ramai pengguna Instagram kini suka layan IG Story dan IG TV.

Jadi kedua-dua ciri Instagram ini amat bagus untuk brand awareness. Anda boleh post video tentang cara menggunakan produk anda atau video tips yang relevan seperti “5 cara pakai tudung bawal”.

Tips untuk padukan akaun Instagram bisnes anda:
  • Tukar akaun Instagram anda dari akaun Personal ke Business (Settings > Account > Switch to Business Account) supaya anda boleh tambah alamat, emel, dan nombor telefon anda di bio anda
  • Isikan description yang singkat dan jelas mengenai bisnes anda di bio anda
  • Letak link kedai online anda di bio anda
  • Masukkan branded hashtag (hashtag yang biasa digunakan untuk promosikan bisnes anda) dalam bio anda
  • Gunakan visual yang konsisten agar akaun Instagram anda mudah dikenali oleh followers anda
  • Like atau tinggalkan komen di gambar/video akaun yang dimiliki oleh target audience anda
  • Gunakan sekurang-kurangnya 15 hashtag yang relevan untuk setiap gambar/video yang anda post
Dan akhirnya, tip yang paling penting untuk strategi marketing Instagram yang mantap ialah… jangan beli followers.

Angka follower yang tinggi mungkin nampak cantik, tapi tiada maknanya jika followers tersebut tidak relevan dengan bisnes anda. Jangan pentingkan nombor followers, pentingkan content dan engagement (likes, shares, comments) yang berkualiti.

3.  Hantar email kepada pelanggan anda
Suatu lagi teknik pemasaran online yang amat penting digunakan oleh mana-mana bisnes ialah email marketing.

Penggunaan emel bagi tujuan pemasaran sebenarnya amat bagus bagi bisnes kecil kerana ianya:
  • Efektik untuk membina hubungan dengan pelanggan anda
  • Murah lagi berbanding ads di FB, IG, akhbar, papan iklan, dan sebagainya
Anda hanya perlu daftar dengan sistem autoresponder seperti MailChimp dan GetResponse yang akan membantu menghantar emel berjadual kepada pelanggan anda secara automatik berdasarkan masa/aktiviti mereka.

Antara jenis-jenis emel yang bisnes anda boleh hantar ialah:
  • Welcome emel – untuk mengalu-alukan pelanggan baru bagi membina hubungan dengan mereka
  • Emel promosi – untuk mengumumkan pelancaran jenama atau produk baru ataupun untuk menawarkan pilihan produk lain
  • Emel diskaun – untuk menggalakkan pembelian
  • Emel follow up – untuk membuat susulan bagi setiap pembelian
  • Emel newsletter – untuk mengongsi maklumat berguna dan relevan kepada pelanggan/subscriber anda
  • Emel testimoni –  untuk membuktikan keberkesanan produk anda

4. Gunakan Facebook Group untuk bina komuniti bagi jenama anda
FB Group semakin popular sehingga Facebook sendiri telah membuat pengumuman di persidangan F8 2019 bahawa mereka akan mengutamakan tab Group, yang akan muncul sebagai recommendation berdasarkan engagement (like, comment, dan lain-lain) pengguna Facebook.

Jadi makin ramai bisnes menyertai atau membina group FB yang relevan untuk target audience mereka.

Tapi, sebelum anda berbuat demikian, anda perlu tahu terlebih dahulu fungsi FB Group dan cara orang ramai menggunakannya.

Sebab kenapa orang join FB group yang tertentu ialah untuk:
  • Mendapat maklumat yang berguna
  • Menyertai komuniti yang berkongsi minat yang sama
Tapi ingat, jangan promote bisnes anda di FB Group anda. Matlamat anda ialah untuk membina engagement dan memberikan target audience anda suatu tempat untuk berkongsi pendapat.

FB Group tidak sesuai untuk hard sell, tetapi sesuai untuk soft sell.

Hard sell ialah cara menjual dengan menggunakan bahasa yang seolah-olah memaksa bakal pelanggan anda untuk membeli barangan anda.

Sebaliknya, soft sell menggunakan bahasa yang lebih kepada cara bercerita, seolah-olah anda tidak sedang menjual sesuatu produk.

Gunakan FB Group untuk membina jenama anda melalui pemberian maklumat yang betul dan berguna, sehingga anda menjadi jenama yang dipercayai bakal pelanggan anda.


5. Gunakan content marketing untuk jual secara “soft sell” 
Content marketing amat penting zaman sekarang.

Kenapa?

Sebab, penggunaan ad tidak begitu berkesan seperti dulu.

Kini, orang ramai selalunya tidak memberi tumpuan kepada ad yang dipaparkan kepada mereka, malah, mereka juga mempunyai kuasa untuk tutup iklan yang dipaparkan di komputer dan phone mereka.

Jadi, content marketing telahpun menjadi strategi banyak bisnes untuk menguatkan branding dan meningkatkan sales mereka.

 Apa itu content marketing?

Content marketing ialah strategi pemasaran yang menggunakan info yang relevan dan bermanfaat untuk menarik pelanggan dan bakal pelanggan bagi mendorong mereka menjadi pelanggan setia ataupun pelanggan baru anda.

Jenis-jenis content yang anda boleh buat ialah blog, post FB, video, infografik dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika anda menjual ubat jerawat, anda boleh membuat dan mengedarkan content seperti blog tips penjagaan muka, infografik mengenai cara hidup untuk mengelakkan jerawat, dan lain-lain lagi.

Tips untuk strategi content marketing bisnes anda:
  • Pastikan anda tahu siapa target audience anda supaya anda boleh memberikan mereka content yang relevan
  • Gunakan pelbagai format untuk content anda – blog, video, emel, podcast, dan lain-lain lagi
  • Berikan tips yang berkait rapat dengan bisnes dan target audience anda
  • Gunakan bahasa audience anda dan bukannya bahasa yang terlebih formal

6. Bina jenama peribadi anda melalui media sosial
Adakah anda lebih cenderung membeli produk daripada pemilik bisnes yang mempunyai jenama peribadi yang kuat?

Contoh penjenamaan peribadi yang berjaya termasuk Dato’ Aliff Syukri, pengasas D’Herbs Healthy, dan Dato’ Sri Vida, pengasas Qu Puteh.

Salah satu sebab kenapa bisnes mereka amat berjaya ialah kerana mereka merupakan pemilik bisnes dengan jenama peribadi yang hebat.

Pengguna media sosial pasti akan mengikuti personaliti kegemaran mereka. Dan personaliti tersebut boleh menggunakan peluang ini untuk menjual produk mereka. Dan anda juga boleh berbuat demikian!

Untuk membina jenama peribadi yang berjaya di media sosial, anda perlu:
  • Tahu diri anda sendiri dan jangan berpura-pura menjadi orang lain
  • Post content yang relevan dengan kerap dan konsisten
  • Mengadakan perjumpaan atau aktiviti networking bersama target audience anda
  • Kongsi pengalaman peribadi anda
  • Kongsi foto yang cantik dan berkualiti tinggi

7. Daftarkan bisnes anda di Google secara percuma dengan Google My Business
Google My Business ialah servis percuma yang membantu anda menguruskan profil anda di Google. Ianya bagai direktori online bagi bisnes lokal.

Setiap bisnes mesti ada profil bisnes di Google.

Jika anda daftar untuk profil Business di Google, bisnes anda akan terpapar di Google Maps and Google Search, dua fungsi utama yang orang ramai gunakan zaman ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai sesuatu bisnes.

Anda akan dapat laman web asas percuma, dan anda juga boleh kongsi update dan info di profil anda supaya anda boleh simpan pelanggan tetap anda dan boleh menarik pelanggan baru.

Anda juga boleh menambah customer loyalty bisnes anda melalui ciri review di Google My Business. Review oleh pelanggan anda mampu membina kredibiliti untuk jenama anda. 

Antara butiran yang anda boleh berikan di profil Business anda ialah:
  • Nombor telefon\
  • Arah ke kedai anda
  • Link laman web
  • Hari dan waktu operasi
  • Gambar kedai dan/atau produk anda

Kami harap segala info yang diberikan hari ini bermanfaat bagi bisnes anda.




5 Cara Mengembangkan Perniagaan


Setelah anda memulakan perniagaan, anda pasti ingin mengembangkan perniagaan anda ke tahap seterusnya.

Anda mungkin telah melakukan banyak penyelidikan dan meminta bantuan daripada penasihat serta mendapatkan maklumat daripada buku, majalah dan sumber-sumber lain yang sedia ada. Anda melabur banyak dari segi duit, masa dan tenaga untuk memulakan perniagaan anda. Jadi, sekarang apa tindakan anda seterusnya?

Bagi anda yang telah terselamat di permulaan perniagaan dan telah berjaya bertapak dengan kukuh, anda mungkin tertanya-tanya apakah langkah seterusnya untuk mengembangkan perniagaan anda.

Terdapat banyak cara untuk mengembangkan perniagaan tetapi di sini dikongsikan beberapa cara paling pantas untuk anda. Memilih langkah yang betul untuk perniagaan anda bergantung kepada jenis perniagaan yang anda miliki, sumber yang ada dan berapa banyak wang, masa dan tenaga yang sedia anda laburkan sekali lagi.


1. Buka cawangan baharu

Cara ini mungkin bukan pilihan terbaik anda untuk pengembangan perniagaan, tetapi ia disenaraikan terawal di sini kerana itulah yang sering datang ke fikiran ramai usahawan apabila mempertimbangkan untuk mengembangkan perniagaan. Pengembangan fizikal tidak selalunya jawapan pertumbuhan yang terbaik tanpa penyelidikan yang teliti, perancangan dan peruntukan perbelanjaan yang betul. Sebelum membuka cawangan lain, anda perlu:

-Pastikan anda mengekalkan keuntungan yang konsisten dan perniagaan anda telah menunjukkan pertumbuhan yang stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

-Perhatikan trend, dari segi ekonomi dan pengguna untuk memastikan syarikat anda berupaya untuk bersaing.

-Pastikan sistem pentadbiran dan pengurusan syarikat anda adalah luar biasa hebat kerana anda memerlukannya untuk mendapatkan lokasi baharu dan beroperasi sepenuhnya.

-Menyediakan pelan perniagaan yang lengkap untuk lokasi baharu.

-Menentukan di mana dan bagaimana anda akan mendapat pembiayaan.

-Pilih lokasi anda berdasarkan apa yang terbaik untuk perniagaan anda, bukan berdasarkan ego anda.


2. Tawaran perniagaan anda sebagai francais

Franchising atau pemfrancaisan menyediakan manfaat untuk kedua-dua penjual dan pembeli. Untuk ‘francaisor,’ manfaat utama adalah keupayaan untuk menggunakan wang orang lain untuk mengembangkan jenama dengan lebih cepat berbanding secara bersendirian atau melalui pelabur atau melalui pinjaman. Yuran permulaan francais dan royalti berterusan yang dikumpul membolehkan francaisor membina jenama mereka tanpa mengorbankan kawalan kepada orang luar atau tekanan peminjam membayar balik. Bayaran dan royalti digunakan untuk membiayai operasi di ibu pejabat korporat, latihan dan sokongan kepada francaisi, meningkatkan kualiti barangan atau perkhidmatan dan membina jenama di pasaran.

Untuk francaisi, faedah termasuk: peluang kejayaan yang lebih tinggi berbanding dengan perniagaan pemilikan tunggal, masa yang lebih singkat untuk pembukaan, latihan dan sokongan yang berterusan, bantuan dalam mencari tapak yang optimum, kuasa menjual jenama yang dikenali, kos yang lebih rendah melalui pembelian berkumpulan, penggunaan model perniagaan yang telah terbukti berjaya, kempen pengiklanan dalam negara dan serantau, pengurusan pelanggan yang lebih teratur melalui laman web dan pusat panggilan berpusat, dan rangkaian rakan-rakan (rakan-rakan francaisi) untuk memberi nasihat dan sokongan moral melalui Internet syarikat, persidangan tahunan dan persatuan pemegang francais dan bantuan untuk mendapatkan pembiayaan.

Seperti kebanyakan perniagaan lain, perniagaan francais juga mempunyai kelemahan. Antaranya termasuklah: kekurangan kebebasan, dari barangan dan perkhidmatan yang boleh dijual sehinggalah warna cat pada dinding kedai, promosi syarikat yang tidak wajar dijalankan di tempat tertentu tetapi tetap dijalankan kerana semua francaisi harus bergerak bersama. Sebagai contoh, potongan harga tidak harus dilakukan di kawasan kos tinggi tetapi ia tetap dijalankan kerana semua francaisi harus menurut arahan pusat. Contoh yang lain adalah seperti perubahan pucuk pimpinan di pusat yang menyebabkan perubahan model perniagaan, kelainan penjenamaan dan hala tuju yang baharu.

3. Lesenkan produk anda

Cara ini boleh menjadi satu medium pertumbuhan yang efektif dan berkos rendah terutamanya jika anda mempunyai produk berasaskan perkhidmatan atau produk berjenama. Sebagai contoh, anda boleh menerima wang pendahuluan dan royalti daripada jualan terus dan penggunaan perisian anda secara berterusan. Pelesenan juga mengurangkan risiko dan kos berbanding dengan kos memulakan syarikat anda sendiri dan kemudian menghasilkan serta menjual jenama atau produk anda.

Untuk mencari rakan kongsi pelesenan, mulakan dengan menyelidik syarikat yang menyediakan produk atau perkhidmatan yang sama dengan anda. Tetapi sebelum anda bermesyuarat atau menghubungi mana-mana syarikat, mencari seorang peguam yang berwibawa yang pakar dalam hak-hak harta intelek adalah perlu untuk melindungi kepentingan anda. Ini adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko kehilangan kawalan perkhidmatan atau produk anda.


4. Membentuk persekutuan

Logik kepada perikatan strategik, iaitu usaha sama antara dua syarikat adalah sangat menarik. Sebagai contoh, adalah amat sukar untuk memecah masuk ke dalam pasaran baharu dan perkongsian boleh membawa akses segera kepada pelanggan baharu. Sekiranya sebuah syarikat ingin berpindah ke pasaran baharu dan bergantung kepada diri sendiri untuk berkembang, ia akan memakan masa bertahun-tahun untuk bertapak dengan kukuh. Sekiranya ia dilakukan dengan rakan kongsi, ia mungkin mengambil masa cuma beberapa bulan.

Perkongsian tidak semestinya memberi fokus kepada menghubungkan pasaran semata, ia juga boleh membekalkan modal atau memberi akses kepada teknologi dan pembuatan. Ia juga memberi kesan positif yang lain. Melakukan perjanjian pakatan dengan pemain utama jelas menambahkan kredibiliti kepada organisasi yang lebih kecil.

Mewujudkan pakatan berjaya adalah sangat mencabar. Sering kali, syarikat-syarikat yang memulakan perniagaan dengan rakan kongsi yang salah atau atas sebab-sebab yang salah, akan menyesali keputusan mereka di kemudian hari. Walaupun satu pakatan yang kelihatan hebat di atas kertas, perbezaan budaya antara kedua-dua pihak boleh menjejaskan pakatan itu.


5. Mempelbagaikan perniagaan

Kepelbagaian perniagaan adalah berkenaan dengan membina produk baharu, meneroka pasaran baharu dan mengambil risiko baharu. Walaupun ia adalah sesuatu yang berisiko, tetapi ia boleh menjadi pengukur kestabilan syarikat.

Sepertimana kepelbagaian dalam dunia kewangan, di mana ia adalah satu cara untuk melindung nilai portfolio anda dan memastikan bahawa, jika salah satu pelaburan anda tidak berhasil, anda mempunyai pelan sandaran untuk menstabilkan portfolio anda sehingga anda berupaya kembali mencatat keuntungan yang tinggi untuk semua pelaburan anda. Konsep ini adalah lebih kurang sama dalam dunia pemilikan perniagaan.

Oleh kerana sektor swasta tidak dapat diduga dan minat pelanggan sentiasa berubah-ubah, amatlah menguntungkan untuk anda meluaskan pengalaman syarikat anda dan mengejar peluang-pe-luang baharu walaupun anda tidak berapa yakin akan peluang penawaran yang ada.

Mempelbagaikan perniagaan adalah satu strategi pertumbuhan yang sangat baik, kerana ia membolehkan anda mempunyai beberapa aliran pendapatan untuk mengisi lompang bermusim dan meningkatkan jualan dan margin keuntungan.




7 Teknik Direct Selling Power


Kalau orang tu pandai menjual, batu pun dia jual laku. Tu kita panggil kejurujualan yang hebat! Tapi, nak pesan siap-siap. Kemahiran direct selling ni jangan disalahgunakan untuk buat orang beli apa yang tak diperlukan. Lagi-lagi jenis yang dok scam gores dan menang dan seumpamanya…Cukup sekadar buat pelanggan rasa mereka buat keputusan yang tepat. Pujuk elok-elok. Jangan manipulate pelanggan.

Contoh paling simple macam orang yang jual pen dari meja ke meja. Pen tu tak dak la hebat kat mana pun. Biasa-biasa ja. Fungsi pun semua orang dah tau, untuk menulis. Antara benda yang susah nak jual sebenarnya. Ibarat jual aiskrim di kutub utara atau jual api dalam neraka. Payah nak laku tu.Hahaha…

Sebenarnya, semua orang boleh belajar menjual. Patutnya kena suggest pada kementerian untuk adakan subjek khas. Asyik Membaca, Menulis, Mengira dan Membeli ja..Tu yang hujung bulan poket kempis tu…Ni saya share sikit teknik setakat yang saya reti la.

Teknik 1 >>> CKF (Ciri – Kelebihan – Faedah)

Ni kira teknik paling femes la. Presentation menjual disusun ikut 3 steps ni saja. Mula-mula, cerita ciri-ciri produk. Pastu, goreng bab kelebihan produk tu. Apa gunanya. Dan last sekali ceritakan faedah atau kesan positif produk tu pada pengguna.

Ramai penjual yang acah-acah nak guna teknik ni. Tapi selalu confused antara ciri-ciri dengan faedah. Syok sendiri dok goreng sampai terlupa keperluan pelanggan. Hujung-hujung dok tekankan konon produk yang dijual tu terbaik di alam semesta. Ada pelanggan tu nak kisah produk tu terhebat di dunia atau pun tak? Hebat macam mana pun, kalau pelanggan tu tak nampak apa bagusnya untuk dia, dia takkan peduli punya…

Ni contoh penggunaan teknik CKF yang masuk akal.

“Water purifier ni memang sangat sesuai untuk keluarga yang ada baby”

Ciri-ciri ni bunyi macam best tapi masih tak selesaikan apa-apa masalah pelanggan. Tak menghasut lagi ni…So, sambung dengan kelebihan.

“Nak buat susu mesti nak kena prepare air panas. Boleh terus tadah ja kalau ada water purifier ni. Mudah…”

Last sekali, baru explain macam mana kelebihan ni bagi faedah pada pelanggan.

“Tak la kelam kabut tengah-tengah malam. Dengan baby dok nangis lagi. Nak masak air lagi.”

Selagi anda amalkan teknik CKF ni, anda akan selamat daripada syok sendiri dan megah tak tentu hala. Pelanggan pun akan lebih mudah hadam keperluan mereka untuk beli produk anda.

Teknik 2 >>> Kita Geng!

Aplikasi teknik ni seolah-olah kita berlakon sebagai geng pada pelanggan untuk bantai lawan syarikat kita.

“Jom saya share dengan akak macam mana kita boleh kenakan Cuckoo. Akak ambik water filter Cuckoo ni cash guna kad kredit. So Cuckoo akan bagi akak freegift macam saya cerita tadi. Lepas tu akak diam-diam ja bayar instalment pada bank. Untung berganda-ganda. Memang naya la Cuckoo!”

Dalam contoh ni, penjual tu kononnya geng dengan pelanggan untuk aniaya syarikat Cuckoo. Dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh si penjual, pelanggan akan lebih yakin dengannya. Trust tu kan penting…

Teknik 3 >>> Tabur Budi

Teknik tabur budi ni sebenarnya mengambil kesempatan atas kecenderungan manusia untuk membalas budi yang diterima. Kecenderungan ni memang biasa di mana-mana pun. Tak kira la walaupun budi yang ditabur tu hanya simbolik atau pun tak ada gunanya.

Dari segi aplikasinya, mulakan perbualan dengan menabur budi. Banyak cara boleh buat. Bagi sampel, hadiah, atau apa-apa saja pun boleh. Habis tak ada apa, bagi pujian pun boleh. Walau pun hanya sekadar pujian, still pelanggan akan rasa lebih cenderung untuk balas budi tersebut.

Teknik 4 >>> Hanya Kerana Alasan

Kebarangkalian untuk dapat peluang menjual boleh dinaikkan bila alasan nak menjual tu diberitahu pada pelanggan. Kadang-kadang, alasan bodoh pun jadi la… contoh, “sebab jiran akak pun dah beli dari saya.” pun boleh jalan…

Manusia selalunya buat apa-apa pun bersebab. Bila kita bagi sebab apa pelanggan kena dengar dulu, lebih senang dia nak tadah telinga.

Antara banyak-banyak alasan, yang paling power adalah yang berkaitan dengan had. Kalau tak perasan, cuba perhatikan kedai-kedai di tempat anda. Kebanyakannya akan buat promosi penghabisan stok. Lebih-lebih lagi kedai perabot. Bertahun dok habiskan stok, tak tutup tutup juga kedainya. Hahaha…Pelanggan ni lebih kalut minat nak beli bila dapat tau stok dah tak banyak atau pun barang tu rare.

Teknik 5 >>> Empat Langkah (Kumpul – Respond – Bagi – Kunci)

Empat langkah ni lebih kepada cara nak uruskan maklumat semasa menjual:
Kumpul maklumat
Respond pada maklumat
Bagi maklumat
Kunci Jualan

Saya guna semula contoh penjual pen tadi.
Cari macam mana kali terakhir pelanggan tu gunakan pen (Kumpul maklumat)
Tekankan kepentingan aktiviti terakhir pelanggan tu gunakan pen (Respond pada maklumat)
Jualkan something beyond sebatang pen, macam kenikmatan bila menggunakan pen yang dijual. (Bagi maklumat)
Minta supaya beli. (Kunci Jualan)

Teknik 6 >>> Mempersoalkan Status Quo

Pertama sekali, teknik ni kira macam adik-beradik dengan teknik 4 (Hanya Kerana Alasan). Paling best digunakan waktu kita tak cukup maklumat nak kunci jualan dan baru nak cari common ground dengan pelanggan. Kira ni antara pelindung yang terbaik la untuk elakkan pelanggan cakap, “Takpa la dik…”

Teknik 4 tadi cadangkan supaya kita bagi alasan untuk minta kebenaran menjual. Mempersoalkan status quo ni lagi tajam dan perlukan digunakan secara berhati-hati. Alasan yang kita bagi untuk tawarkan produk adalah untuk perbaiki situasi semasa pelanggan.

“Akak mesti sayang anak-anak akak kan?(anggukkan kepala) Jadinya, abang patut layan anak-anak macam yang sepatutnya. Maksud saya macam ni, akak mesti ada sediakan minuman untuk anak-anak minum, anak-anak yang akak sayang sangat-sangat. Tapi dari air karat yang tak bertapis.”

Kalau anda dapat lihat, dengan teknik ni, si bapa tu tak terlalu ambil kisah pun apa yang anak-anaknya minum. Boleh ja dia masak air kat rumah tu dan bagi anak minum. Tapi penjual ni timbulkan satu isu yang perlu diperbaiki: air karat tak bertapis, nak bagi anak minum mesti air bertapis.

Sebelum mempersoalkan status quo, penjual ni gunakan kenyataan yang tak dapat dan tak mungkin disangkal untuk dapatkan persetujuan pelanggan. Yang akhirnya tak dapat nak nafikan bila penjual ni cakap penapis air diperlukan.

Teknik 7 >>> Referral

Kadang tu, pelanggan memang tak nak beli. Daripada berlalu pergi macam tu ja tanpa apa-apa nilai, penjual yang berpengalaman selalu akan gunakan tolak ansur pelanggan. Dah tak dapat jualan, mereka akan minta pelanggan untuk benda kedua paling best: referral. Maklumat untuk dihubungi pada masa depan tentang kenalan pelanggan yang mungkin berminat dengan produk yang dibawa.

Bila bercakap dengan referral tersebut, sebut terus nama kenalan yang bagi maklumat. “Tuan Farhan bagitau saya tuan mungkin berminat.” Lebih mudah nak cipta keserasian dan dapatkan kepercayaan. Maka nak buat jualan pun lebih senang.




4 Cara Close Sales Pantas Dan Cara Follow Up Terbaik


Sekarang cuba bayangkan ada banyak prospek yang PM/Whatsapp kita. Tapi, tak ramai yang nak membeli. Mereka hanya mahu bertanya harga sahaja, ada yang bertangguh nak tunggu hari gaji, nak tanya suami/isteri dulu dan macam-macam lagi.

Walaubagaimanapun, kita tak boleh paksa mereka. Sebagai pelanggan, mereka ada hak nak membeli pada bila-bila masa. Oleh itu, kita sebagai penjual perlu bijak menyusun strategi close sales.

Bagaimana caranya?
Reply PM/Whatsapp dengan PANTAS.
Akhiri setiap mesej dengan SOALAN.
Sediakan segala soalan BANTAHAN dari prospek sebagai persediaan.
FOLLOW UP prospek yang masih belum membeli.
“Ini je ke caranya?”
Sebenarnya, ada banyak lagi caranya yang anda boleh buat. Anda hanya perlu jadi seorang yang kreatif dan pelbagaikan lagi teknik dalam melakukan CLO.

Ok, saya akan terangkan lebih lanjut setiap poin di atas…

1) ‘Reply’ PM/Whatsapp dengan PANTAS.

Setiap orang pasti sukakan kepantasan. Siapa yang tak suka, kan? Ini kerana teknologi yang memudahkan kita untuk bertindak pantas dalam melakukan segala kerja harian.

Dalam bisnes, kepantasan memainkan peranan yang sangat penting, terutamanya dalam close sales. Apabila prospek sudah PM/Whatsapp anda, jangan biarkan mereka lama-lama. Sebabnya, ketika itu mereka dalam MOOD membeli.

Apabila mereka menunggu lama untuk anda reply, mood membeli mereka akan semakin menurun. Akhirnya, mereka tak jadi membeli atau akan membeli dari peniaga yang lain. Anda dah rugi, kan?

Paling lambat pun, anda reply dalam tempoh 24 jam. Kalau lebih, kemungkinan besar mereka tak akan berminat lagi nak membeli dari anda.

2) Akhiri setiap mesej dengan SOALAN.

Semasa dalam proses close sales, jangan lupa untuk bertanya soalan pada prospek. Tak kira la, di PM/Whatsapp. Pastikan setiap mesej yang anda reply diakhiri dengan soalan.

Dengan cara ini, kita dapat menarik prospek untuk REPLY semula mesej kita. Ini dapat jadikan komunikasi antara prospek dan kita berlaku sehinggalah mereka jadi pembeli.

“Soalan yang macam mana?”

Tak susah, ikut la kesesuaian…

Jika prospek tanya,
“Salam bro, berapa harga Mesotropin ni?”

Anda jawab la,
“W’salam bro, sebelum saya beritahu harga, saya cuma nak tanya, bro tahu tak produk ini guna untuk apa?”

Prospek jawab,
“Saya dah tahu, saya cuma nak tahu harga je. Mana tau boleh dapat harga diskaun.”

Anda pula jawab,
“Ok bro, takde masalah. Harga 1 unit RM190, kalau beli 2 unit harga RM300. Lebih JIMAT! Bro berminat?”

Prospek jawab semula,
“Ok, saya beli 2 unit. Beri saya no. akaun bank.”

Anda tanya,
“Bro nak bayar CIMB atau Maybank?”

Prospek buat pilihan,
“Saya bayar ke CIMB”

Anda beri no. akaun bank,
“Ini no. akaun CIMB – [Nama, No akaun bank]”

Macam tu je, tak susah pun. Tapi, ikut situasi juga. Tak semua prospek mudah nak close sales. Ada yang banyak tanya, ada yang kita tanya.. mereka tak jawab langsung. Lain manusia, lain perangai. Pandai-pandailah anda handle prospek yang camni…

3) Sediakan segala soalan BANTAHAN dari prospek sebagai persediaan

Biasanya, apabila ramai prospek yang PM/Whatsapp anda, pasti ada yang banyak tanya pelbagai soalan. Ini mungkin kerana mereka memang berminat nak membeli, tapi kurang yakin dan takut ditipu oleh peniaga.

Ini perkara biasa jika mereka belum kenal lagi siapa anda. Sebab itu, anda perlu sentiasa tingkatkan kepercayaan dengan kerap bina engagement dengan mereka.

Apa soalan yang biasa ditanya oleh prospek?

“Mahalnya produk ni?”
“Gaji tak masuk lagi la, boleh tunggu hujung bulan tak?”
“Saya kena suami dulu, nanti saya confirmkan balik ye..”
“Berkesan ke produk ni?”

Setiap soalan yang mereka tanya, ada cara untuk kita menjawabnya. Bukan mereka tanya, kita diam je. Sebab kadang-kadang, ada prospek yang hanya nak TEST je sama ada peniaga tu jujur ke tak.

Saya berikan contoh nak jawab soalan-soalan ini..

a. “Mahalnya produk ni?” 
Berikan testimoni pelanggan yang kata produk ini berbaloi.
Terangkan manfaat dan kelebihan yang bakal diperolehi prospek jika mereka membeli produk ini.

b. “Gaji tak masuk lagi la, boleh tunggu hujung bulan tak?” 
Suruh prospek buat bayaran deposit dulu.
Buat reservation dulu, bayar kemudian.

c. “Saya kena suami dulu, nanti saya confirmkan balik ye..”
Tanya prospek, bila boleh follow up kita semula?
Beritahu prospek, kita akan follow up dia pada hari berikutnya.

d. “Berkesan ke produk ni?”
Berikan testimoni yang produk ini berkesan.
Suruh prospek cuba 1 dulu dengan berikan diskaun.

4) ‘FOLLOW UP’ prospek yang masih belum membeli
 
Cara ‘Follow Up’ Prospek di WhatsApp
Follow up adalah satu tindakan untuk memujuk prospek yang berminat dengan produk kita tapi masih belum membuat pembelian.

Ada prospek Whatsapp anda..

“Salam, saya berminat”

Ini jawapan yang anda boleh beri..


    “As salam Puan Minah.

    Saya Wawa, dari page KRIM AAA. Terima kasih kerana PM.

    HARGA SEBENAR “KRIM AAA – RM200

    HARGA PROMOSI – RM 150 SAHAJA

    Harga Promosi akan TAMAT pada 2 Okt 2014.

    Dengan kos PELABURAN RM150, puan akan dapat;

    1) 3 TIUB KRIM AAA

    2) PERCUMA TUALA AAA

    3) PENGHANTARAN PERCUMA

    Puan BERMINAT dengan tawaran promosi ini?”

Selepas sejam

Tanya pada prospek sama ada mereka masih berminat nak dapatkan produk anda atau tak. Ceritakan semula apa offer yang anda berikan pada mereka.

    “Salam puan, sori ganggu..

    Macam mana dgn OFFER Krim AAA yg kami berikan tadi, sis BERMINAT?

    Sila respon walaupun dgn perkataan “Tidak”. TQ sis “

Selepas 24 jam

Update info terkini mengenai produk anda. Berapa kuota yang tinggal? Bila tarikh offer anda akan tamat? Lebih baik anda berikan offer jika prospek buat bayaran pada waktu juga.

    “As salam Puan,

    Saya nak maklumkan HARGA PROMOSI KRIM AAA bakal tamat esok. Stok pun tinggal sikit lagi.

    Puan jadi nak order?

    Jika jadi, boleh saya tahu BILA puan nak buat bayaran ye?”

Waktu Gaji

Waktu gaji adalah waktu WAJIB untuk anda follow up. Kalau boleh, cuba pujuk prospek untuk bayar pada hari tu juga.

    “Salam puan, sori ganggu…

    Hari tu ada bro ada tanya pasal KRIM AAA kan?

    Saya just nak inform, harini LAST DAT PROMOTION!

    Kalau puan buat bayaran sebelum jam 10 mlm ni, esok jugak kami post barang puan..
    Lepas dari offer ni, kami dah tak terima.

    So, puan masih berminat?”

Ini antara strategi yang boleh anda gunakan untuk follow up prospek. Jangan terlalu kerap buat follow up! Nanti mereka akan lari dari anda dan beli dari peniaga lain, anda dah rugi 1 pelanggan.

Kalau 10 orang lari? Berapa banyak anda dah rugi?

Kalau kos dapatkan 1 pelanggan adalah RM5.. means, anda dah rugi RM50!

Sebab tu, jangan paksa prospek beli produk anda. Cari masa yang sesuai untuk follow up, guna cara yang berhemah..

Di bawah ni saya berikan beberapa tips follow up..

Tips follow up;
  • Mulakan dengan ayat pengenalan; Salam bro, Salam sejahtera bro..
  • Sebut nama prospek yang bertanya; As salam Puan Minah..
  • Perkenalkan siapa anda yang menjawab pertanyaan prospek.
  • Akhiri jawapan anda dengan pertanyaan; Bro masih berminat?
  • Jangan ulang info pada post ketika menjawab soalan. (ciri-ciri, manfaat produk)
  • Gunakan gambar testimoni untuk yakinkan prospek dengan jawapan anda.
  • Tulis maksima 5 baris bagi setiap perenggan.
  • Gunakan emoticon yang sesuai supaya prospek tak rasa bosan bersembang dengan anda.
  • Akhiri jawapan anda dengan soalan.




7 Cara Pilih Rakan Kongsi Perniagaan Yang Betul


Sebenarnya, ada banyak cara untuk pilih rakan kongsi perniagaan bergantung kepada keperluan dan objektif bisnes. Anda boleh gunakan cara yang dikongsikan di bawah. 

1. Jujur Dan Amanah
Sifat jujur dan amanah adalah kriteria utama yang anda perlu cari pada seorang bakal rakan kongsi. Hal ini kerana, perniagaan melibatkan banyak hal membabitkan keputusan bersama, modal, masa dan tenaga. 

Agak sukar untuk menilai sifat jujur dan amanah seseorang dalam masa singkat, tapi anda boleh tanya beberapa soalan atau uji tahap kejujuran dan amanah bakal kongsi sebelum buat keputusan ambilnya jadi rakan kongsi. 

2. Pengalaman Dalam Industri
Sebaiknya, pilih jenis rakan kongsi yang ada pengalaman dalam niche dan industri yang bakal anda ceburi.

Dengan pengalaman yang ada pada bakal rakan kongsi, anda akan dapat manfaat jangka panjang dalam merangka strategi perniagaan jangka panjang. 

Tidak semestinya rakan kongsi yang anda perlukan adalah seorang usahawan. Boleh sahaja anda cari seorang pekerja yang berjiwa usahawan sebagai rakan kongsi. 

3. Bijak Membaca Trend & Pasaran
Orang yang bijak membaca trend dan pasaran lazimnya sukar dicari. Orang jenis ini ada kefahaman yang baik terhadap psikologi manusia, perubahan musim dan pasaran domestik dan global. 

Belum tentu semua jangkaan orang itu tepat sepanjang masa, tetapi kebolehan meramal masa depan dengan baik dan teliti adalah bonus pada seorang individu yang ingin dijadikan rakan kongsi dalam perniagaan. 

4. Mampu Selesaikan Masalah Bisnes
Dalam perniagaan, anda kaan hadapi 1001 macam masalah yang akan memberi impak pada perkembangan bisnes untuk jangka panjang. Maka, carilah rakan kongsi yang mampu bersama-sama menyelesaikan masalah. 

Elakkan ambil jenis rakan kongsi yang sukar berbincang, pemarah dan bertindak semberono.

Dalam bisnes, majoriti masalah boleh diselesaikan jika anda fokus kerana hampir kesemua masalah bisnes yang bakal anda lalui, telah dilalui usahawan lain sebelum anda. 

5. Bijak Mengira Risiko & Ambil Risiko
Lumrah seorang usahawan, mereka sukakan risiko dan timbal baliknya adalah keuntungan.

Maka carilah jenis rakan kongsi yang bijak mengira risiko dalam perniagaan sebelum membuat sebarang keputusan bisnes. 

Anda akan terkejut bila mendapati, dalam kebanyakan masa risiko perlu diambil untuk mengelakkan bisnes anda gulung tikar. 

6. Ada Jaringan Networking Yang Bagus
Cari jenis rakan kongsi yang ada jaringan networking yang bagus kerana modal sosial adalah salah satu elemen penting yang menentukan kejayaan bisnes anda. 

Mengenali orang yang tepat pada waktu yang tepat adalah rezeki dan banyak waktu, networking mampu menyelematkan bisnes untuk jangka panjang. 

7. Tiada Masalah Kewangan Yang Serius
Orang yang ada masalah kewangan yang serius lazimnya tidak stabil dari segi emosi dan cara fikir untuk membuat keputusan kritikal. 

Elak daripada ambil jenis rakan kongsi yang ada masalah kewangan yang serius. Modal bisnes dan wang syarikat juga berisiko jika berada di tangan yang salah. 

Kesimpulannya, ada banyak faedah membuka perniagaan perkongsian. Akan tetapi, penting untuk anda kenal pasti ciri-ciri jenis rakan kongsi yang baik untuk bisnes. Apa yang pasti, rakan kongsi yang betul akan bantu majukan perniagaan perkongsian anda untuk jangka masa panjang.